16 Februari 2009

PC dengan fungsi hiburan



Selain digunakan untuk melaksanakan tugas harian dan berkomunikasi secara maya, komputer peribadi juga kini berperanan penting sebagai medium utama dalam fungsi hiburan.

Hiburan yang dimaksudkan seperti permainan muzik dan filem, permainan video dan televisyen.

Bagi membawa kemudahan itu kepada pengguna, pembekal teknologi komputer peribadi terkenal, Lenovo tampil dengan idea terbarunya menghasilkan komputer peribadi dengan teknologi hiburan berdefinisi tinggi.

IdeaCentre A600 All-in-One merupakan model terbaru yang dihasilkan dengan kombinasi ciri menarik serta rekaan cukup bergaya dan elegan bagi memberi kepuasan tanpa batasan.

Menampilkan reka bentuk sangat nipis untuk tujuan penjimatan ruang, model tersebut turut mempertingkatkan kebolehan pada fungsi lain seperti sambungan rangkaian komuniti sosial dan aplikasi pengecaman muka sebagai kata laluan log masuk.

Menurut Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Lenovo Malaysia, Eric Zhao, dengan pengenalan model tersebut, ia membuktikan komputer peribadi masih lagi berkuasa.

''Keunikan yang ditonjolkan menerusi gabungan rekaan dan kejuruteraan yang digunakan bakal memberi pengalaman pengkomputeran luar biasa kepada pengguna,'' katanya.

Didatangkan dengan ciri skrin tanpa bingkai 21.5 inci, paparannya juga menawarkan penonton dengan pengalaman hiburan sebenar seperti di pawagam.

Menerusi nisbah 16:9 dan sokongan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi, ia menghasilkan imej berkualiti dan menarik.

Dari segi kesan audio pula, ia diintegrasikan bersama teknologi Dolby Home Theatre dan pembesar suara bes selain disempurnakan oleh pemain Blu-ray.

Di samping itu, pengguna turut ditawarkan dengan aplikasi penalaan televisyen digital bagi fungsi tontonan dan juga rakaman program kegemaran menggunakan perisian Microsoft Vista Media Center.

Kelebihan pada perisian tersebut, ia membenarkan proses navigasi secara interaktif antara video, muzik dan program televisyen.

Bagi memberi kepuasan dalam permainan video, IdeaCentre A600 dilengkapi dengan alat kawalan jauh empat dalam satu untuk membenarkan kawalan pergerakan imej dan objek pada skrin.

Fungsi lain alat tersebut adalah ia boleh digunakan sebagai telefon bimbit VoIP untuk membuat dan menerima panggilan telefon menerusi internet sama seperti telefon tanpa wayar.

Kecanggihan komputer peribadi ini turut diserlahkan dengan kehadiran tetikus tanpa wayar untuk mengawal kursor skrin.

Dari sudut teknikal, komputer berkenaan dipacu menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo bersama teknologi kad grafik ATI Radeon dengan sokongan DirectX10.

Pemacu berprestasi tinggi terkini memberi kelebihan perjalanan operasi senyap walaupun menjalankan tugas yang intensif.

Apa yang menarik, komputer tersebut mempunyai ruang simpanan cakera keras sehingga 1,000 gigabait (GB) selain RAM DDR3 4GB.

Ciri menarik lain yang ditawarkan seperti sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, bacaan kad media enam dalam satu, sambungan USB dan slot FireWire.

Dengan segala kelebihan yang ditawarkan, IdeaCentre A600 All-in-One bakal dipasarkan pada penghujung April ini dengan harga RM3,700. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi di laman web www.lenovo.com

21 Perkara Untuk Direnungi...

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin atau sakit.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian atau tidak bernasib baik, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

10 Ciri Orang Malas

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa diri anda sendiri digelar pemalas oleh teman2..Jadi untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam ciri2 seorang pemalas..

1.Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan

2.Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana2 aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain2 yang dianjurkan ditempat kerja, kolej, atau disekeliling kawasan kediaman kamu.

3.Tidak pernah mengemas tempat tidur.

4.Separuh masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.

5.Orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya indah seperti istana.

6.Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu tidak sedikit pun berasa sedih.Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi suatu kebiasaan dalam hidup kamu.

7.Cara kamu menutup kelemahan kamu ialah sentiasa nampak cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikatnya baju yang kamu pakai tidak basuh bertahun-tahun.

8.Sanggup berlapar daripada membeli makanan kononnya kamu sedang berdiet.

9.Setiap pagi, wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria.Asyik tidak ada mood sahaja.

10.Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada pada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

haa... adakah anda mempunyai ciri2 di atas..Sekiranya ada..maka cepat2 la berubah ye..........

Makanan Untuk Kecantikan

Ingin mencari produk perawatan kulit dan rambut yang peling sesuai??Cuba kamu cari di menu harian kamu.Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, kerana apa yang diinginkan berada di atas meja. Nah..mulai sekarang, penuhi piring anda dengan makanan yang boleh menjadi sahabat kepada kulit.

IKAN UNTUK MENCEGAH KEDUTAN

Yang perlu dimakan : Ikan salmon dan sardin.
Alasan : Ikan tersebut mengandungi omega-3 yang membantu mengurangkan radang dan memperbaiki perjalanan darah. Radang boleh merosakkan kolagen kulit, sehingga menimbulkan masalah kedutan pada kulit.
Jangan dilupakan : Epal, lobak merah dan teh yang mengandungi antioksidan yang boleh menghancurkan radikal bebas. Manakala baeang putih pula boleh membaiki jaringan kulit dan mencegah kerutan.

2. WARNA CERAH UNTUK KULIT

Yang perlu dimakan : Limau, lobak merah, kentang manis dan tomato.
Alasan : Warna jingga atau merah pada makanan tersebut disebabkan oleh beta-carotene, iaitu antioksidan yang berubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, serta mengaktifkan DNA yang berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit baru. Sel-sel kulit baru akan membuatkan kulit menjadi lembut, kelihatan segar dan cantik.
Jangan lupakan : Cuka epal kerana enzimnya boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati.

3. VITAMIN C UNTUK KULIT TEGANG

Yang perlu dimakan : Strawberri dan brokoli
Alasan : Kedua-duanya mengandungi vitamin C.Fungsinya tidak jauh beza dengan vitamin A, iaitu mengaktifkan penghasilan sel-sel baru.Selain itu, vitamin C bertujuan untuk mengaktifkan sel-sel fibroblast iaitu sel yang menghasilkan kolagen.
Jangan dilupakan : Salmon, kerana lemaknya dikatakan dapat membantu membaiki keanjalan kulit.

4. 'SI GELAP' MENYEGARKAN MATA

Yang perlu dimakan : Bayam, brokoli, kiwi
Alasan : Warnanya memang gelap, namun buah-buahan dan sayuran ini boleh membantu menerangkan fungsi penglihatan kamu. Dua jenis antioksidan yang terkandung di dalamnya boleh meneutralkan radikal bebas yang merosakan sel. Radikal bebas ini boleh masuk ke dalam mata menerusi paparan sinar UV matahari secara berlebihan.
Jangan dilupakan: Ikan dan kacang.Lemak omega-3 boleh melambatkan timbulnya masalah mata. Manakala anggur pula, antioksidannya boleh menjaga kesihatan sel mata dan jaringan dalam mata.

Kaabah dibina sejak Nabi Adam

Rumah ibadat yang dimaksudkan oleh ayat itu merupakan Kaabah. Iaitu perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.

Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.

Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).

Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.

Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.

Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud." (Surah al-Hajj: 26-27)

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia".

Hajar Aswad

Kemudian Malaikat Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.

Persoalan mengenai batu hitam atau Hajar Aswad ini benarkah batu ini dikatakan berasal dari syurga? Benarkah malaikat Jibrail mengambilnya dari syurga dan menyerahkan batu itu kepada Nabi Ismail?

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.

Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

Sesetengah ada diceritakan bahawa batu tersebut berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama-sama dengan Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa.

Batu itu kemudiannya hilang ketika berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semula oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail.

Walau apa pun mengenai latar belakang dan asal usul batu ini, setelah beroleh batu tersebut Nabi Ibrahim berdiri dan meletakkan batu itu di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), yang tingginya sekitar 150 sentimeter dari permukaan tanah.

Setiap kali bangun, mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Ketika Nabi Ibrahim berdiri di satu sudut, bekas tapak kaki baginda itu yang kini dikenali sebagai Makam Ibrahim.

Sementara Hijir Ismail merupakan suatu kawasan lengkungan yang berbentuk separa bulatan yang terletak di Utara Kaabah.

Pada asalnya kawasan ini merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim sepanjang sesi pembinaan Kaabah dan menunaikan ibadah haji di Baitullah.

Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail. Pada waktu itu juga, kawasan itu tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah.

Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy, ukuran panjangnya telah dikecilkan sebanyak 6 hasta 1 jengkal, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah.

Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat.

Diingatkan bahawa seseorang itu adalah dilarang melakukan tawaf di Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Kaabah dengan segala macam keistimewaan telah berdiri kukuh selama hampir 2,000 tahun hingga ke saat ini.

Kelebihan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Henti sambut Hari Valentine - 14 Februari

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Jangan persenda guna nama Allah

Tindakan akhbar Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya boleh mencetuskan krisis agama paling buruk di negara ini.

Justeru pihak akhbar berkenaan serta seorang menteri bukan Islam digesa lebih menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghentikan perbuatan mereka serta-merta iaitu sebelum kesabaran umat Islam di negara ini tercabar.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu yang diperjuangkan oleh akhbar tersebut merupakan satu perkara amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit mempertahankan kesucian Islam sekiranya keadaan terdesak.

‘‘Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi masyarakat Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini.

‘‘Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan mahu tidak mahu wajar bertindak segera termasuk menggunakan peruntukan undang-undang paling tegas terhadap syarikat akhbar tersebut bagi mengelakkan berlakunya krisis berkenaan.

‘‘Apa yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan krisis (agama) dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sudah tentu orang Islam akan bangkit kerana mereka cuba mencemari agama kita yang suci ini,’’ ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyifatkan tindakan Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana agama lain selain Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.

“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Maha Esa.

“Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak gunakan perkataan Allah, dalam kitab mereka. Sebaliknya, mereka mengunakan perkataan seperti ‘Ilah,’ ‘God,’ ‘Lord’ dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.

“Namun, tindakan akhbar ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam bukan hanya di negara ini semata-mata tetapi seluruh dunia Islam lain,” katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad ketika mengulas isu itu mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya jika Herald Catholic enggan menghentikan penggunaan perkataan Allah dalam akhbarnya.

‘‘Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya tahu batas-batas hak (beragama) berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

‘‘Tambahan pula kes ini masih dalam proses mahkamah. Mereka yang meminta kes ini dibicarakan dan seharusnya mereka lebih menunjukkan rasa hormat,’’ tambahnya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Herald Catholic merupakan tindakan yang akan mencetuskan ketegangan agama.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang seolah-olah mencabar Islam sebagai agama persekutuan.

‘‘Akhbar itu sudah melanggar prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan ini menunjukkan beliau gagal untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik.

‘‘Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),’’ katanya.

Selain itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, Herald Catholic sudah mempersendakan orang Islam serta kesucian agama Islam.

‘‘Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam dan beliau perlu diambil tindakan tegas,’’ katannya.

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami.

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.

Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.�

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Tujuh Tingkatan Nafsu

Nafsu terbahagi kepada 7 iaitu :
1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Makan

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minumsemasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

10 Sebab Kenapa Doa Kita Ditolak

1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYA

2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA

3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya

4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri

5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya

6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa

7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya

8. Kamu tahu kematian namun tidak bersiap menghadapinya

9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran

10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri

Adakah anda berdua pasangan serasi?

Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia, carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Semakin jauh, semakin baik,”begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.

Pasangan yg urutan lahirnya bertolak belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.

Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya.
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative.
Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.



TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.


Namun catatan ini tidak lebih drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bagaimana pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah.

Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian

Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali ‘Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang


Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).

Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.

Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab

1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),

2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,

3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.

Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya’ yang lain.

Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.

Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.

Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.

Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.

Kisah Nabi Yusuf iktibar jaga persaudaraan

Punca kemelut dalam keluarga Nabi Yakub A.S disebabkan keistimewaan yang diterima Nabi Yusuf dan adiknya, Bunyamin daripada bapa mereka sehingga lahir rasa iri hati dan ketidakpuasan 10 saudara mereka yang lain.

Al-Quran merakamkan maksudnya: "(Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Surah Yusuf: 8)

Yusuf dan Bunyamin anak daripada isteri Nabi Yakub bernama Rahil. Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qisas al-Anbiya mengulas ayat di atas dengan berkata:

"Selanjutnya Dia (Allah) menceritakan perasaan dengki saudara Yusuf terhadapnya dan Bunyamin yang mendapat perhatian lebih banyak daripada orang tuanya berbanding mereka, padahal mereka satu kumpulan yang kuat. Mereka mengatakan: "Padahal kami lebih berhak dicintai dan disayangi daripada kedua-dua mereka, sesungguhnya bapa kami dalam keadaan tidak adil yang nyata," iaitu kerana dia lebih mencintai dan menyayangi Yusuf dan Bunyamin daripada kami."

Nabi Yakub mempunyai sebab untuk lebih mencintai dan menyayangi Yusuf yakni maksudnya: "(Ingatlah peristiwa) tatkala Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (Surah Yusuf: 4) Menurut Yakub, ayat ini tanda Yusuf akan menjadi nabi dan rasul. Oleh itu, Baginda selalu menjaga dan memelihara Yusuf.

Kisah dengki antara keluarga ini menjadi punca dimasukkannya Surah Yusuf dalam senarai 114 surah al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas RA bahawa sahabat meminta kepada Rasulullah SAW menceritakan (sesuatu yang memberi pengajaran), lalu turun ayat suci yang menceritakan perihal Nabi Yusuf AS.

Dalam surah ini ada kisah yang amat indah susunannya, amat benar kandungannya dan penuh hikmat serta pengajaran yang memberi iktibar. Ibnu Kathir dalam kitab yang sama menyatakan: "Berkaitan dengan keistimewaan Nabi Yusuf AS dan pelbagai peristiwa yang dialaminya, Allah menurunkan satu surah al-Quran. Perkara ini dimaksudkan agar semua hal yang dikandungnya terdiri daripada hikmat, nasihat, etika dan pelbagai kebijaksanaan dapat diambil dan dimanfaatkan kaum Muslimin."

Kedengkian saudara sebapa Yusuf itu menjadi punca wujudnya konspirasi untuk membunuh Yusuf. "(Ramai antara mereka berkata: "Bunuhlah Yusuf atau buang dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang yang baik dan berguna," maksud ayat 9 Surah Yusuf.

Mereka tiada pilihan dan jalan penyelesaian kecuali menyingkirkan Yusuf. Akhirnya konspirasi dilaksanakan, maka terjadi episod drama keluarga yang paling autentik kebenarannya dalam sejarah kemanusiaan. Al-Quran menyatakan maksudnya: "Selepas mereka pergi dengan membawanya bersama dan mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan Kami pula ilhamkan kepadanya: "Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan selamat, dan) akan memberitahu perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak teringat lagi kepadanya)." (Surah Yusuf: 15)

Ibnu Abbas berkata: "Kelak engkau pasti akan menceritakan peristiwa ini kepada mereka pada saat mereka tidak mengenal mu lagi," dan Nabi Yusuf sudah mempunyai kedudukan sangat mulia sebagai penguasa.

Dalam ayat berikutnya dinyatakan maksudnya: "Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil menangis."

Sesungguhnya ia satu episod konspirasi yang sempurna. Mereka membuang Yusuf ke dalam perigi, menunggu hingga senja berpura-pura menangis ketika berjumpa bapa mereka. Oleh itu, seperti dikatakan Ibnu Kathir, orang salaf pernah berkata, "Jangan kalian terpedaya oleh tangan orang yang berbuat zalim, berapa ramai pelaku kezaliman menampakkan diri dengan tangisan."

Dalam kisah Yusuf bersaudara kita perhatikan bagaimana saudara memfitnah dan mencederakan saudaranya sendiri disebabkan penyakit dengki yang dialami hati saudara Yusuf. Kisah ini berlangsung berdekad lamanya sehingga ke suatu masa apabila al-Quran menerangkan maksudnya: "Maka tatkala mereka (Nabi Yakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya-Allah kamu berada di dalam aman." (Surah Yusuf: 99)

Nabi Yusuf memaafkan perbuatan saudaranya dengan katanya bermaksud: "Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (mengenai perbuatan kamu yang terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani." (Surah Yusuf: 92)

Saling memaafkan perbuatan yang patut dilakukan oleh saudara terhadap saudaranya seperti pengajaran yang kita petik daripada kisah Nabi Yusuf AS dengan saudaranya.

Dalam Islam, sebagai Muslim kita perlu selalu memancarkan wajah ceria dan riang kepada saudara Muslim kita. Senyuman kepada saudara kita adalah sedekah seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Kita perlu juga membabitkan saudara Muslim dalam perbincangan bersama kita, yakni dengan memberinya kesempatan menceritakan diri dan keadaannya. Tanyakan urusannya, baik yang bersifat umum mahupun khusus, selama hal itu layak untuk ditanyakan.

Selain itu, perhatikan dan bantu ia seboleh mungkin kerana ini termasuk sabda Baginda yang menyatakan bahawa siapa yang tidak memperhatikan urusan orang Muslim, maka dia tidak termasuk golongan mereka. Allah juga berfirman maksudnya: "Orang beriman baik lelaki mahupun perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya." (Surah al-Taubah: 71)

Termasuk perkara yang dapat membahagiakan saudara sesama Muslim kita juga adalah tidak mengungkit keburukannya masa lalu dan tidak melukai perasaannya ketika bergurau kerana ajaran Islam mengajarkan "Janganlah anda bertengkar dengan saudara anda (sesama Muslim); jangan anda bergurau dengannya dengan gurau yang dapat menyakiti perasaannya; dan janganlah membuat janji dengannya sedang anda mengingkarinya." Kisah Nabi Yusuf AS dengan saudaranya berakhir dengan suasana gembira dan dijadikan iktibar oleh Allah untuk berinteraksi dengan saudara sesama Muslim kerana kita bersaudara.

Adakah kita akan mengikuti jalan kisahnya untuk menzalimi saudara kita dulu kemudian bertaubat atau kita terus berbuat baik terhadap mereka kerana siapa yang menjamin kita akan bertaubat kelak? Wallahu a'lam.

Cara Melajukan Capaian Internet Anda

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Dunia semakin tertekan

Dunia semakin tertekan

Penduduk dunia semakin tertekan! Ianya bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara.

Tekanan di rumah, di tempat kerja, di jalan raya, tekanan masalah kesihatan, tekanan perhubungan (keluarga atau rakan) dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.

Tidak kira kesan minyak, ekonomi, politik mahupun harga barang asas, semuanya dilihat banyak memberi tekanan berbanding kelegaan, sejak tibanya abad ke-21.

Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi.

Ini secara asasnya seperti 'tukul yang memukul pahat' jauh lebih ke dalam diri individu, menghakis ketenangan dan kesabarannya.

Jelas dan menonjol

Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.

Namun, kebelakangan ini situasi semasa di luar dan dalam negara menunjukkan tekanan semakin meningkat dalam banyak perkara dan ia perlu ditangani secepat mungkin melalui cara bersesuaian.

Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.

Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal.

Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran.

Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati.

Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian 'tekanan melampau' dapat dilihat dalam paparan berita.

Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Bukan sahaja doktor, polis dan tentera, di kalangan orang kenamaan juga mula menunjukkan tanda-tanda tekanan tinggi pada emosi dan fizikal.

Teori tekanan bukan sahaja mengaitkannya dengan ancaman kesihatan malahan mempercepatkan penuaan dan tindakan penuh emosi.

Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut.

Berita melaporkan kes kemalangan akibat pemanduan laju, aktiviti merempit, melepaskan tembakan (rambang atau tidak), ugutan, hasutan, maki hamun dan terbaru melenting di khalayak ramai.

Kebanyakannya melibatkan mereka yang tertekan, tanpa mengira usia, bangsa atau fahaman, dalam mencari jalan mengurangkan tekanan.

Masa untuk bertenang

Pelopor teori tekanan (stres), Dr Hans Hugo Bruno Selye (1907 - 1982) menjelaskan tekanan sebenarnya ada sudut positifnya, sebagai pendorong dalam mencapai kejayaan pelajaran atau kerjaya.

Bagaimanapun, tekanan positif ini (eustress) jarang atau tidak meninggalkan kesan negatif kepada minda dan badan.

Tekanan negatif (distress) pula melibatkan tekanan berpanjangan yang tidak dapat dikawal melalui penyesuaian diri atau adaptasi keadaan, yang boleh membawa kepada rasa resah atau kemurungan.

Jika dikumpul berbukit-bukit tekanan negatif dalam hidup, bukan sahaja mengundang maut malahan membahayakan kesihatan dan keselamatan orang di sekitar kita.

Kaedah 10B termasuk bertenang, bernafas dengan dalam, berkata 'relakslah', beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Kaedah ini cuma sebagai panduan menenangkan diri dalam situasi yang tertekan, terutamanya yang memuncak sehingga boleh menyebabkan hilang kawalan diri.

Cara terbaik mengurangkan tekanan tetap bergantung kepada cara individu memandangkan setiap orang mempunyai kecenderungan dan kaedah pilihan masing-masing untuk bertenang.

Aktiviti seperti menyanyi karaoke, menari dalam hujan atau hanya duduk membaca novel dapat memberi ketenangan jika ia sesuai dengan minat dan hobi seseorang.

Sesuatu yang pelik, selagi tidak melanggar tatasusila agama dan adab, boleh menjadi penawar kepada tekanan yang dihadapi seseorang.

Malahan, sebilangan doktor pakar dunia dan tempatan turut memperakui hubungan seks antara suami isteri dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi keduanya.

Bagaimanapun, hubungan seks luar nikah mungkin hanya menambah tekanan kerana lebih melibatkan nafsu dan desakan menyorokkan perbuatan tersebut dari pengetahuan umum.

Apa yang ingin ditekankan, carilah cara yang sesuai untuk diri anda meredakan tekanan dan ketegangan tanpa memudaratkan diri sendiri atau orang lain.

Menjadi kebiasaan apabila tekanan melanda seseorang, ia akan menyusup kepada individu di sekitar mereka melalui tindakan secara langsung (marah, layanan kasar) atau secara tidak langsung (tidak endah, mimik muka).

Jika gagal dikawal, dapatkan bantuan sebelum anda pula menjadi punca menambah tekanan atau ancaman kepada orang lain.

Jangan diambil tindakan melulu yang membawa mudarat walaupun dalam situasi yang memberi tekanan tinggi. Gunakan akal untuk melepas tekanan melalui cara yang baik tanpa menyusahkan orang lain.

Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia 'tanah tumpah darah'.