20 Februari 2009

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Rahsia Solat

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi
yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika
didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.
W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang
Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang
begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada
di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...

Mimpi RASULULLAH S.A.W

MIMPI
Renungan
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..." <>

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
<> 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Teguran Utuk Semua

Teguran utk semua

Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, rakan taulan, sahabat-handai membuatkan ana terkasima, terjanggama, tersangkasuma serta pelbagai lagi rasa tidak seksama di hati dan kurang senang di diri.


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71).


Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan


Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasalam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah.....konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi.


“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


Sungguh persahabatan lelaki perempuan, memual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang ana tahu dan tidak tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster"nya atau apa....


Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).


Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?


“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).


“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (An-Nur: 31).

Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira" apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ?

Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasalam para sahabat ra dan rasulullah tidak akan berpossing-possing bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!!


Sedangkan baginda pernah menyebut : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).


“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).


Baginda rasul pernah mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).


Apakah mungkin sahabat ra akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita ra dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhuwah fillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ?


“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).


MasyaAllah..., sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan ana yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya.


Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.


Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.



Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita


Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.


Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan chat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut.


“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).


Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebeas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.


eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat x ? i just visit ur blog...nice i like it...ukhuwah fillah...bila leh jumpe
tuan punya blog ( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...Ukhuwah Fillah !


Apabila ana membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka ana merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).


Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).


Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).


Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??


Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhuwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.


Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini ana memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.


Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.


Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.

Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri ana di sisinya dan kepadanyalah ana kembali...


Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai


p/s :
Sebuah risalah yang bertajuk : "Permasalahan Hubungan Lelaki Perempuan di Alam Maya" akan dikeluarkan untuk manfaat umum...insyaAllah.

Kenapa Ada Peraturan Bercinta???

Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat
di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.

Sekarang nikmatilah tazkirah ini.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cintammemang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadim(instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin
bercinta dan dicintai adalah instinct.
Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.
• Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan
sumpah setia.
• Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata
kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah
pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.
Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika
tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?


Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
.
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata- mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.
Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka- suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua- duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang, puasa dan lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,

" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan
senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun
cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.
Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!


Sama2 lah kita menyuburkan cinta kepada Allah swt...dari cinta yg hakiki inilah tersuburnya cinta
yg sejati kerana Allah swt...InsyaAllah..

Haram Tetap Haram

Hasil daripada
pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya
terdapat
beberapa sebab yang menyebabkan
PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e.
perempuan dan lelaki
satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg
bertanggungjawab untuk
mengawal percampuran ini supaya tidak
bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
ada pendapat(tak
tahu le dalil maner yg diorang amik)menyatakn
bley bercintan ni...biaserlah..klu nk buat tu
memang macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia
corner kot
lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha
kita insya-ALlah
lama2 dia sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan
kasih, maka
sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada
tarikan macam cas -
ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam
yang tidak kukuh
dari keluarga menyebabkan attraction between the
charge can't be
control to act in a much more appropriate
manner.... maka terjadinya
perhubungan(kawan2) sebelum ada ikatan yang
sah, dan ada setengah
ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang
dah besor....dah
remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana
buruk.. bior le". Betul
juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah
besor, tahu le menilai
yg baik dan yang buruk... tapi tanggungjawab
kedua ibubapa mendidik
anak pun tak boleh abaikan seperti maksud hadis
yg selalu kita
dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;

TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH &
SUCI(mengikut fitrah)
MAKA IBUBAPA LAH YANG AKAN
MENJADIKANNYA YAHUDI, NASRANI DAN
MAJUSI.

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup
aurat, kalau tutup
aurat pun, aurat lain tidak dijaga i.e. cara bergaul,
bercakap....
etc. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk
memulakan projek
mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan lepak
macam Mat Lepakian....
lepak dgn tujuan untuk mengambil iktibar) kat K.L.
(kat sini macam2
jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat
tapi bila time
sembang... tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu
pandai cubit2
dan pukul2 pula tu, lelaki apa lagi... ada chance
nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani
menghadapi cabaran
untuk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun
goda le lelaki so
dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan
Mat Bunga yg banyak
dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
kalau tak de awek
maka macam ada satu kekosongan dlm jiwa.....
lebih2 lagi kalau
tengok member2 lain dia ada awek. Faktor
sekeliling mempengaruhi
suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia
tu pakar dlm
bab tackle/ meng'ayat' awek...lelaki nie biasa le
EGO..... ego tak
kena tempat.

Haaaaa..... nie paling memalukan kaum lelaki....
lelaki nie
cepat sangat PERASAN so dia pun naik syeikh
plus naik semangat untuk
kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat
dia(padahal tak minat
pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah
usaha sikit punya
susah nak meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun
accept le mat tu. Ada
juga awek yg manja(dah memang fitrah wanita
sebegitu) sikit bila nak
minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek
tu minat kat dia
maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada
kaum Hawa agar tidak
menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg
tak kena. Pada kaum
Adam pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat
sangat kesian
bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia.
Tolong nie tolong tu,
tolong buat assingment ke sebagai contoh. Bila
lelaki yg dok tolong
tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan
tersebut termakan kata-
kata manis lelaki tersebut..... yg lelaki tu pula
tolong tak ikhlas,
tu yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
mereka(lelaki)
ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas
dan jujur. Tujuannya
ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan
memahami satu sama
lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji
untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
menghalalkan
cara, yg haram akan tetap haram, sebagai mana
hadis Rasullullah,
Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra):
Sabda Rasulullah
(saw);

"SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU NYATA
(terang) DAN YANG HARAM ITU PUN
NYATA(terang) DAN DIANTARA KEDUANYA ADA
PEKARA2 YANG KESAMARAN, YG
TIDAK DIKETAHUINYA OLEH KEBANYAKKAN
MANUSIA. MAKA BARANG SIAPA
MEMELIHARA(dirinya dari) SEGALA YG
KESAMARAN, SESUNGGUHNYA IA
MEMULIAKAN BAGINYA AGAMANYA DAN
KEHORMATANYA. DAN BARANG SIAPA JATUH
KE DLM PEKARA KESAMARAN JATUHLAH IA
SPT. PENGEMBALA YG MENGEMBALA DI
SEKELILING KAWASAN LARANGAN HAMPIR
SANGAT(ternakanya) MAKA DI
DLMNYA. KETAHUILAH BAHAWA TIAP2 RAJA
ADA KAWASAN LARANGAN.
KETAHUILAH BAHAWA LARANGAN ALLAH
ADALAH SEGALA YANG HARAM.
KETAHUILAH BAHAWA DI DLM BADAN ADA
SEKETUL DAGING, APABILA IA BAIK,
BAIKLAH SELURUHNYA DAN APABILA IA
ROSAK , ROSAKLAH SEKELIANNYA.
KETAHUILAH, ITULAH YANG DINAMAKAN
HATI".

[Bukhari & Muslim]

Peringkat Keagungan Cinta

Keagungan CINTA

Cinta selalunya dikaitkan dengan sambutan Hari Valentine; pasangan yang berjanji sehidup semati; lautan api sanggup direnangi. Jarang sekali cinta dikaitkan dengan pemergian seorang suami meninggalkan keluarganya untuk berjihad; jiran yang menegur perbuatan sumbang di kawasan kejiranannya ataupun sekumpulan penunjuk perasaan yang menuntut dihentikan penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya semua perbuatan berkenaan terkait dengan cinta. Dimensi cinta adalah sangat luas dan pengaruhnya sangat besar dalam kehidupan.


Islam dan cinta

Cinta adalah satu cerminan naluri anugerah Allah. Naluri menyembah membuahkan cinta, naluri berketurunan membuahkan cinta, naluri berkuasa pun membuahkan cinta. Kerana itulah, Islam tidak ketinggalan menyentuh isu cinta dan menjelaskan panduannya untuk manusia.

Contohnya cinta anak kepada ibu bapa, bukan sekadar kebiasaan tetapi Islam menetapkannya sebagai suatu kewajiban.

”Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, kemurkaan Allah ada pada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tabrani).

Islam juga menjelaskan bahawa cinta yang berlebihan kepada harta boleh membawa kepada azab. Allah SWT berfirman:

”Dan orang-orang yang menimbun emas dan perak (atau wang), dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka tentang azab yang pedih.” (TQS At Taubah: 34).


Peringkat Cinta

Cinta terbahagi kepada tiga:
1) Cinta yang agung: yang tertinggi darjatnya. Ia hanya ditujukan kepada Allah dan RasulNya Muhammad SAW.
2) Cinta pertengahan: cinta kepada manusia atau perkara lain yang boleh membawa kepada kemuliaan. Ia bersebab kerana Allah, terikat kepada perintah dan larangan Allah, dan dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
3) Cinta yang hina: cinta yang tidak dikaitkan dengan perintah dan larangan Allah. Ianya muncul dari pemikiran songsang, andaian-andaian akal tanpa dalil atau nafsu yang tunduk kepada Cinta kepada Allah mampu mengundang pengorbanan yang luar biasa, jiwa, harta dan apa jua yang dimiliki. Nabi Ibrahim a.s misalnya, rela mengorbankan anak kesayangannya kerana akur dengan perintah Allah. Demikian juga dengan pengorbanan Sumayyah isteri Yasir, yang mempertahankan keimanannya kepada Islam.