06 Februari 2009

Mandi Wajid atau Hadas

Rukun mandi wajib ialah niat dan meratakan air keseluruh zahir tubuh
Jika ada najis wajib disucikan badan dari najis tu.
Cara yang sempurna pula
Mulakan dengan membasuh kekotoran pada badan
Kemudian wudhu` yang sempurna
Berlafaz Niat dilidah "Aku menunaikan mandi yang wajib keatasku menghilangkan hadas besar kerana Allah ta`aala" dan niat dalam hati.
Basahkan rambut dan uraikan
Jirus air atas kepala dan gosok serta lurut air kebawah (lakukan 3 kali)
Jiruskan air dari atas bahu kanan gosok serta lurut air kebawah bahagian kanan (lakukan 3 kali)
Jiruskan air dari atas bahu kiri gosok serta lurut air kebawah bahagian kiri (lakukan 3 kali)
Selesai bacakan tasyahhud dan doa ketika berdiri menghadap kekiblat angkat tangan kelangit dan mata pandang keatas.
Ini lafaznya
أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْك