13 Mac 2009

Hubungan Harmoni Suami Isteri/Poligami/ Campurtangan Ibu Mentua

Soalan:
Assalammualikum Ustaz.
Saya telah berkahwin selama lebih kurang 3 bulan, masalah saya isteri saya tidak mahu mengikut saya pindah ke Kuala Lumpur, alasannya dia ingin menjaga ibunya (isteri saya adalah anak yang bongsu) dan mahu mengumpul duit. Sedangkan saya mampu menanggung perbelanjaan dia kalau dia berhenti kerja.
1) Bolehkah saya berkeras dengan isteri saya supaya dia mengikut cakap saya supaya dia berpindah dengan saya?
2) Bolehkan saya berkahwin lain jikalau pekara ini berterusan kerana ingin menjaga diri saya supaya tidak membuat dosa apabila isteri saya tiada di sisi saya?
3) Bolehkah saya membantah keputusan ibu mentua saya yang tidak mahu anaknya berpindah mengikut saya?
Sekian. Wassalam.
Ahmad Zamri, K Lumpur
Jawapan:
1. Seorang isteri yang baik adalah yang dapat memahami keadaan suaminya, begitu juga sebaliknya seorang suami yang baik mampu melihat suatu masalah itu dengan fikiran yang terbuka dan memahami setiap masalah dihadapi secara mendalam. Perkahwinan yang baru berusia tiga bulan merupakan jangkamasa yang masih singkat, maka sangatlah terburu nafsu jika seseorang itu menghancurkan hubungan yang baru itu lantaran perkara yang sebenarnya menjadi tnggungjawab antara suami dan isteri.

Sebenarnya ibu mertua kita kedudukannya sama dengan ibu kita sendiri. Jika kita menjaga hati mereka dan memelihara mereka dengan baik sama juga pahalanya dengan kita menjaga ibu dan bapa kita sendiri. Namun begitu sebagai seorang suami, ia berhak penuh terhadap isterinya dan isteri harus mengikut segala kehendak suaminya asalkan saja jangan menjurus kepada memusyrikkan Allah. Nasihatkanlah isteri anda secara baik, katakan kepadanya bahawa didalam Islam seorang wanita apabila telah bernikah, maka segala urusan kehidupannya dibawah tanggungan suaminya. Ibu bapa tidak berhak untuk menghalangi anaknya yang telah nikah untuk mengikuti suaminya kemana saja mereka ingin pergi.

Cuma saja sebagai umat Islam kita lebih mementingkan timbang rasa dan budi bicara, jika memang ibu mertua kita tidak ada orang yang menjaganya sedangkan dia dalam keadaan uzur, fikirkanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Bincangkanlah perkara ini dengan sanak kelaurga yang lain agar hubungan anda dengan isteri anda tidak terjejas lantaran perkara tersebut. Namun jika ibu mertua anda masih mampu menyara hidupnya sendiri, nasihatilah isteri anda dengan cara yang lebih baik agar ia sudi mengikut suaminya berpindah ke tempat yang dimaksudkan.

2. Allah membenarkan seorang lelaki muslim untuk menikah hingga empat orang. Namun jika perkahwinan yang ingin anda lakukan kerana ingin membalas dendam dengan sikap isteri anda, maka perbuatan ini tidak terpuji. Lakukanlah poligami dengan mengikut sunnah. Sebab Rasulullah SAW menikah dengan wanita lain selain Aisyah bukan lantaran baginda tidak bahagia dengan Siti Aisyah tetapi lantaran ingin memperjuangkan nasib wanita yang ditinggalkan suaminya lantaran meninggal dunia di medan jihad. Jika anda benar-benar merasakan bahawa isteri anda sangat sukar untuk dinasihati sedangkan anda tidak mampu menahan gejolak nafsu, maka Islam mengizinkan seseorang itu kahwin lagi, lantara ingin menjaga diri dari melakukan pekerjaan maksiat.

Usahakan terlebih dahulu membina kembali sifat saling pengertian antara suami isteri dan jauhilah sifat salam faham sebelum ini. Fahami betul apa sebenarnya masalah yang sedang anda hadapi berdua. Apakah ia hanya sekedar keingan seorang anak membantu dan mendampingi ibunya yang sudah tua ataupun ada faktor lain yang menyebabkan isteri anda bersikap demikian. Berfikirlah secara lebih terbuka dan jangan membuat keputusan disebabkan oleh dorongan perasaan semata, sebaliknya buatlah keputusan dengan rasional dan mengikut syariat. Insya Allah keputusan yang akan anda ambil memperoleh berkah dan rahmat daripada Allah SWT.

3. Dalam Islam, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuannya hanya sampai setelah ia berkahwin. Setelah ia berkahwin maka perempuan tersebut milik penuh suaminya sendiri. Jika orang tuanya berhajat ingin mengajak anaknya duduk bersama dengannya, maka ia harus meminta izin dengan suami anaknya (menantu). Jika menantu lelakinya tidak mengizinkannya, maka ibu bapa tidak boleh memaksa kehendaknya terhadap anaknya tersebut, sebab ketika itu anaknya telah menjadi tanggungan suaminya. Walaupun begitu selesaikan isu keluarga ini secara bijaksana dan masing-masing pihak lebih mementingkan sikap tolak ansur sesuai dengan keadaan.
Sila rujuk buku-buku berikut:

Rawatan Ortodontik (Menyusun Gigi)

Soalan:
Apa hukum jika seseorang membuat rawatan ortodontik(menyusun gigi)?
Nor Aziah , Melaka
Jawapan:
Jika rawatan yang dilakukan tidak merubah keadaan gigi seperti tidak mengikirnya menjadi pendek atau yang serupa dengan itu maka dibolehkan. Jika rawatan tersebut menyebabkan seseorang itu mengikirnya atau merubah bentuknya yang asal maka Rasulullah SAW melaknat pekerjaan orang tersebut. Dalam sebuah hadith disebutkan; "Rasulullah SAW melaknat perempuan yang membuat tahi lalat dan yang minta dibuatkan, yang mengikir gigi dan yang diminta dikikir giginya. (Riwayat Tabrani)

Menonton Blue Film Bersama Suami

Soalan:
Saya mempunyai seorang sahabat karib yang telah berkahwin selama 5 tahun. Sayangnya beliau masih belum mempunya anak. Beliau dan suaminya gemar menonton 'Blue film'.
Masalah yang dihadapi oleh sahabat saya ialah :
1) Beliau suka memuaskan diri sendiri sambil menonton tayangan tersebut tetapi tidak menggunakan apa-apa alatan.
2) Beliau merasa apabila berdoa, doanya seakan tidak dimakbulkan tuhan.
3) Beliau cuba untuk tidak melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak dapat melawan nafsu.
4) Hukum menonton "blue film" bersama suaminya.
Diharap Ustaz dapat membantu sahabat saya didalam masalahnya.
Rohaida, Kuantan
Jawapan:
Menonton blue film hukumnya haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya.

Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.

Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka yangpaling besar dalam kehidupan berumahtangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.

Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah vcd blue film yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki vcd blue film tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT

Membunuh Semut

.
Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Zaim, Jasin
Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.

Islam Calendar



The Islamic Calendar
kabba



The Kabba. Mecca, Saudi Arabia.

According to Islamic tradition, the cube-shaped Kabba dates back to the time of Abraham. It is the most sacred Muslim site, and the location towards which all Muslims face during prayer.

The Islamic calendar (or Hijri calendar) is a purely lunar calendar. It contains 12 months that are based on the motion of the moon, and because 12 synodic months is only 12 x 29.53=354.36 days, the Islamic calendar is consistently shorter than a tropical year, and therefore it shifts with respect to the Christian calendar.

The calendar is based on the Qur'an (Sura IX, 36-37) and its proper observance is a sacred duty for Muslims.

The Islamic calendar is the official calendar in countries around the Gulf, especially Saudi Arabia. But other Muslim countries use the Gregorian calendar for civil purposes and only turn to the Islamic calendar for religious purposes.



What does an Islamic year look like?

The names of the 12 months that comprise the Islamic year are:
1. Muharram 7. Rajab
2. Safar 8. Sha'ban
3. Rabi’ al-awwal (Rabi’ I) 9. Ramadan
4. Rabi’ al-thani (Rabi’ II) 10. Shawwal
5. Jumada al-awwal (Jumada I) 11. Dhu al-Qi'dah
6. Jumada al-thani (Jumada II) 12. Dhu al-Hijjah

(Due to different transliterations of the Arabic alphabet, other spellings of the months are possible.)

Each month starts when the lunar crescent is first seen (by a human observer’s eye) after a new moon.

Although new moons may be calculated quite precisely, the actual visibility of the crescent is much more difficult to predict. It depends on factors such as weather, the optical properties of the atmosphere, and the location of the observer. It is therefore very difficult to give accurate information in advance about when a new month will start.

Furthermore, some Muslims depend on a local sighting of the moon, whereas others depend on a sighting by authorities somewhere in the Muslim world. Both are valid Islamic practices, but they may lead to different starting days for the months.
So you can’t print an Islamic calendar in advance?

Not a reliable one. However, calendars are printed for planning purposes, but such calendars are based on estimates of the visibility of the lunar crescent, and the actual month may start a day earlier or later than predicted in the printed calendar.

Different methods for estimating the calendars are used.

Some sources mention a crude system in which all odd numbered months have 30 days and all even numbered months have 29 days with an extra day added to the last month in ‘leap years’ (a concept otherwise unknown in the calendar). Leap years could then be years in which the number year mod 30 is one of the following: 2, 5, 7, 10, 13, 16, 18, 21, 24, 26, or 29. (This is the algorithm used in the calendar program of the Gnu Emacs editor.)

Such a calendar would give an average month length of 29.53056 days, which is quite close to the synodic month of 29.53059 days, so on the average it would be quite accurate, but in any given month it is still just a rough estimate.

Better algorithms for estimating the visibility of the new moon have been devised.
How does one count years?

Years are counted since the Hijra, that is, Mohammed’s emigration to Medina in AD 622. On 16 July (Julian calendar) of that year, AH 1 started (AH = Anno Hegirae = year of the Hijra).

In the year AD 2003 we have witnessed the start of Islamic year AH 1424.

Note that although only 2003-622=1381 years have passed in the Christian calendar, 1423 years have passed in the Islamic calendar, because its year is consistently shorter (by about 11 days) than the tropical year used by the Christian calendar.
When will the Islamic calendar overtake the Gregorian calendar?

As the year in the Islamic calendar is about 11 days shorter than the year in the Christian calendar, the Islamic years are slowly gaining in on the Christian years. But it will be many years before the two coincide. The 1st day of the 5th month of C.E. 20874 in the Gregorian calendar will also be (approximately) the 1st day of the 5th month of AH 20874 of the Islamic calendar.
Doesn’t Saudi Arabia have special rules?

For civil (but not religious) purposes, Saudi Arabia doesn’t rely on a visual sighting of the crescent moon to fix the start of a new month. Instead they base their calendar on a calculated astronomical moon.

Since 2002 (AH 1423) the rule has been as follows: If on the 29th day of an Islamic month,

* the geocentric conjunction (that is, the new moon as seen from the centre of the earth) occurs before sunset, and
* the moon sets after the sun,

then the next day will be the first of a new month; otherwise the next day will be the last (30th) of the current month.

The times for the setting of the sun and the moon are calculated for the coordinates of Mecca.

09 Mac 2009

Menjelang Maulidur Rasul

Menjelang sambutan maulid sehinggalah ke hari ini dapat dilihat umat Islam semakin rancak membicarakan tentang kepimpinan Rasulullah. Malah ada yang mengatakan Rasul sebagai idola ikutan umat. Keghairahan ini ditambah lagi apabila, seorang pemimpin Malaysia memberikan komentar yang kelihatannya boleh membuka minda umat Islam bahawa Islam adalah penyelesaian kepada pemasalahan umat yang berlaku akhir-akhir ini. Antara pernyataan yang dipaparkan di dada-dada akhbar selepas sambutan maulidul rasul:

"Pada hari ini kita umat Islam tidak lagi berjaya, sebabnya ialah kita tidak menjadikan Islam sebagai Ad deen, sebagai cara hidup".

"Oleh kerana cara hidup yang kita amalkan tidak Islam secara menyeluruh, sebaliknya terhad kepada perkara-perkara tertentu, maka kita tidak mencapai kebahagian seperti yang sepatutnya sebagaimana umat yang menganggap Islam sebagai ad deen, cara hidup".



Pernyataan-pernyataan ini menunjukkan kegelisahan umat terhadap keadaan yang wujud pada hari ini kerana Islam tidak diterapkan dalam kehidupan. Mereka tidak sabar untuk melihat Islam diterapkan secara total dan tanpa bertangguh-tangguh lagi untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka yang semakin hari semakin meruncing khususnya daripada sudut kehidupan bermasyarakat, dimana perlakuan seks bebas sebagaimana yang berlaku di Kedah, sehinggalah kepada masalah kegawatan ekonomi sekarang ini.



Hukum Islam lengkap (berkaitan dengan perbuatan dan benda-benda)

Islam adalah Deen yang lengkap. Islam meliputi aqidah(kepercayaan), ibadat, pemakanan, pemakaian, akhlak, muamalat dan uqubat (penghukuman). Kesemua perbuatan di atas adalah terikat kepada hukum syara' yang bersumber kepada Al-Quran, Sunnah, Ijmak sahabat dan Qiyas.

Setiap muslim diperintahkan untuk melakukan amal perbuatannya selaras dengan hukum-hakam Islam kerana wajib atas mereka untuk menyesuaikan amal perbuatannya dengan segala perintah dan larangan Allah. Allah SWT berfirman:

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya".(QS. Al-Hasyr:7)

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi."(QS. Al-A'raf:158)

Oleh kerana itu telah menjadi suatu yang pasti bahawa apapun yang dibawa oleh Rasul tentang sesuatu hukum akan menliputi setiap perbuatan dan apa-apa yang dilarang olehnya juga meliputi semua perbuatan. Dengan demikian setiap muslim yang hendak melakukan sesuatu perbuatan untuk memenuhi keperluan dan mencari sesuatu kemaslahatan (kepentingan), maka wajib baginya secara syari' mengetahui hukum Allah tentang perbuatan tersebut sebelum ia melakukannya, sehingga ia dapat berbuat sesuai dengan hukum syara'.

Selain itu, bila ada perbuatan/hal baru yang belum diketahui nash syara' terhadapnya, maka manusia tetap tidak berhak menghukumi berdasarkan kemahuannya. Jika ada anggapan bahawa terdapat perbuatan/hal yang tidak memiliki nash hukum: anggapan tersebut sama ertinya dengan menganggap bahawa syari'at Islam mempunyai kekurangan dan tidak sesuai kecuali untuk masa dan keadaan tertentu sahaja. Tentu saja hal ini bertentangan dengan syari'at itu sendiri serta kenyataan yang sesuai dengannya.



Hukum Bagi Masalah Baru

Islam datang sebagai cara hidup untuk menyelesaikan semua permasalah manusia, Islam datang dengan makna-makna umum (garis global) yang berkaitan dengan kehidupan manusia; iaitu dengan melihat manusia sebagai manusia, sehingga tidak terikat dengan waktu dan suasana atau tempat . Kemudian mengalirlah di bawah makna-makna umum tersebut berbagai makna cabang yang lain yang hanya dapat diterangkan oleh seorang mujtahid.

Jika muncul suatu permasalahan atau kejadian baru, maka ia harus dikaji dan difahami. Kemudiannya dilakukan "istinbath" hukum (penggalian status hukum) dari dalil-dalil yang bersifat umum yang terkandung dalam syari'at, maka jadilah hasil istinbath dari suatu pendapat, sebagai satu hukum Allah dalam masalah tersebut.

Kaum muslimin melakukan istinbath sejak wafatnya Rasulullah SAW hingga lenyapnya kekhilafahan Islam di muka bumi ini. Kaum muslimin tidak pernah berhenti mengikatkan diri mereka kepada syari'at Islam dalam kehidupan mereka. Di masa Abu Bakar ra muncul permasalahan-permasalahan baru yang tidak dijumpai di zaman Rasulullah SAW; begitu pula telah muncul persoalan-persoalan baru di masa Khalifah Harun Al-Rasyid yang tidak ditemui di masa Abu Bakar ra. Di sini para mujtahidin berusaha menggali status hukum terhadap ratusan bahkan ribuan masalah yang sebelumnya tidak pernah ditemukan.

Syari'at Islam meliputi seluruh perbuatan manusia; tidak ada satu pun masalah yang terjadi kecuali ada penyelesaian hukumnya menurut Islam. Oleh kerana itu wajib bagi setiap muslimin untuk sentiasa mengaitkan seluruh perbuatannya dengan hukum syari'at Islam, serta tidak melakukan suatu perbuatan kecuali jika sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT.



Hukum Peringatan Maulidur Rasul



Merayakan peringatan maulid tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, begitu pula para sahabat yang mulia, tabi'in dan tabi'it tabi'in. Tapi kegiatan yang berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya(masa Fathimiyyin, di Mesir) yang sangat jauh dari masa Rasul. Dari sini muncul keraguan, apakah perbuatan ini termasuk bid'ah atau tasyabbuh (meniru orang-orang kafir). Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa yang membuat sesuatu tanpa didasari perintah dari kami, maka perbuatan tersebut tertolak".(HR. Bukhari-Muslim)

Hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan lafaz:

"Barangsiapa yang membuat sesuatu(perbuatan baru) tanpa didasari perintah dari kami, maka perbuatan itu tertolak".



Makna bid'ah adalah perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah SWT tapi tanpa didasari oleh dalil syara'. Agar ibadah dikatakan benar, maka wajib bersandar kepada sesuatu yang diperintahkan Allah, juga sesuatu yang dilakukan oleh seorang hamba(muslim) harus sesuai dengan perintah Allah, berniat hanya ta'at dan taqarrub kepada Allah tapi dengan cara yang tidak pernah disyari'atkan oleh Allah maka hal ini disebut bid'ah. Perbuatan tersebut tidak mendekatkan seseorang kepada Allah, namun mendekatkannya kepada neraka. Imam Asy -Syaukani dalam kitab Nailul Authar,Jilid II hal 89 berkata: "Apabila anda mendengar seseorang berkata, "Ini adalah perbuatan bid'ah hasanah', maka Anda harus mendudukkan perbuatan tersebut dalam larangan hadits di atas yang bersifat komprehensif atau hadits-hadits yang serupa, seperti:

"Setiap (perbuatan) bid'ah itu sesat"(HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Ahamd, dll)

Dalam hal ini, kita kembalikan pertanyaan tersebut kepada orang-orang yang merayakan Maulid Nabi Besar Saw atau yang membaca kitab-kitab maulid: apakah mereka melakukannya dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah atau bukan?

Sebagaimana kita ketahui bahawa seluruh aktiviti ibadah bersifat tauqifiyyah(telah ditentukan caranya oleh Allah SWT), dengan kata lain tidak boleh menambah dan mengurangi sesuatu, malah wajib mengikuti dalil syara'. Melampaui batas-batas tersebut termasuk kategori bid'ah.

Adapun tasyabbuh bil kuffar (meniru perbuatan orang kafir), pernah diperbolehkan pada masa awal Islam, kemudian Allah melarang Rasul melakukannya. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abi Ma'mar, ia berkata:

"Sesaat kami bersama-sama Ali ra, kemudian lalu (iring-iringan) jenazah (seorangYahudi). Lalu beberapa orang berdiri memberi hormat, berkata Ali, 'Siapa yang membei fatwa kepada kalian untuk melakukan hal itu?' mereka menjawab, "Abu Musa". Berkata Ali, sesungguhnya Rasul melakukannya hanya sekali. Beliau dulu pernah meniru Ahli Kitab, kemudian setelah dicegah beliau menghentikannya."

Secara umun, menurut pengamatan kami peringatan maulid Nabi Muhammad SAW dilakukan sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani serta meniru mereka. Sebab orang-orang Nasrani merayakan hari Natal bagi Isa as. Kebiasaan ini membangkitkan ghairah/semangat kaum muslimin di masa kemundurannya, sehingga mereka berkata, "Nabi Muhammad SAW lebih utama dari Isa as mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad Saw?". Dengan analogi yang salah ini dan tidak bersandar kepada syara', mereka membolehkan dan menganggapnya baik untuk diadakan. Bagi orang yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tadi maka sesungguhnya mereka telah terjerumus ke dalam perbuatan yang haram, kerana mereka melakukan perbuatan yang menyerupai dan meniru orang-orang kafir.

Banyak nas hadits shahih yang melarang meniru orang-orang kafir, antara lain:

"Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menwarnakan rambutnya, maka lakukalah hal yang berbeda." (HR. Bukhari dan Muslim).

"Potong/tipiskanlah misai dan panjangkanlah janggut serta lakukan hal-hal yang berbeda dengan orang Majusi." Dalam riwayat lain disebutkan "bedakanlah diri kalian dari orang-orang musyrik"( HR. Ahmad dan Muslim).

"Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai bangsa lain".

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka."(HR. Abu Dawud dan Ahmad).

Sehingga orang-orang Yahudi berkata, "Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya".

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW selalu berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad seraya berkata: "Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah adalah hari besar bagi orang-orang kafir dan aku lebih suka berbeza dari mereka." (Hadits ini diriwayatkan pula oleh Nasai dan Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Atsqalani dalam kitabnya Fathul Barri, Jilid 10 hal. 298 berkata: ? Aku telah mengumpul masalah-masalah yang terdapat dalam hadits yang memerintahkan hal-hal yang bertentangan dengan ahli kitab, aku menghitung jumlahnya lebih dari 30 hukum dan aku cantumkan dalam kitab yang ku karang dengan judul "Al_Qaulu Ats-tsabit fish-Shaumi Yaunis Sabit"-(perkataan yang tepat tentang shaum di hari Sabtu).

Di antara kebiasaan kaum muslimin yang dilakukan pada perayaan maulid antara lain keluar secara berombongan (arak-arakan/karnival) atau menghias jalan, rumah dan pejabat dengan lampu hiasan dan berbagai kertas hiasan. Apa yang dilakukan oleh orang Nasrani di hari Natal, kaum muslimin pun mengikutinya. Maka orang-orang yang melakukan kegiatan ini berdasarkan larangan menyerupai orang Nasrani adalah haram dan berdosa, walaupun ia beranggapan akan mendapatkan pahala.

Bila kita ingin memuliakan nabi, kita mesti mengikut jalan yang telah ditentukan oleh nabi Nuhammad SAW, dengan tidak melakukan perbuatan bid'ah dan tidak menyerupai orang-orang kafir. Tetapi bagaimana syar'iat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam memuliakan nabi Muhammad SAW.

1. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunnahnya: "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu..." (QS. Ali 'Imran: 31)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (QS. Al-Ahzab :21)



2. Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW:

"Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."(HR. Malik dan Al-Hakim)



3. Memuliakan Rasul dengan cara membaca shalawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid(12 Rabiulawal) sahaja, sebab firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-malaikatnya memohonkan ampunan untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam Penghormatan kepadanya"



Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Humaid As-Saidi r.a katanya: "Para Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu?" Baginda bersabda: Bacalah:







Perhatikanlah tindakan sahabat-sahabat yang mulia ini, mereka tidak menentukan sendiri cara untuk melakkuan shalawat terhadap nabi SAW melainkan mereka menanyakan pada beliau terlebih dahulu kerana ada rasa kekhuatiran terjerumus dalam perbuatan bid'ah.

Nash-nash syara' menjelaskan pada kita bahawa melakukan shalawat pada nabi dilakukan setiap kali mendengar nama Nabi SAW, sabdanya:

"Orang yang kikir adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca shalawat atas diriku." (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)

"Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada, sebab bacaan shalawat ini akan sampai padaku." (HR. Thabrani, Abu Ya'la dan Ibnu Abi Ashim)

"Perbanyaklah bacaan shalawat atasku pada malam dan hari Jumaat" (HR. Al-Bahaiqi)



Banyak nas-nas yang telah menjelaskan bentuk melakukan bacaan shalawat antara lain:

"Apabila kalian mendengar muadzin mengumandangkan adzan, maka katakanlah sebagaimana yang dikatakannya, kemudian bacalah shalawat. Barangsiapa yang melakukannya akan dihitung 10 kali, lalu mintalah kepada Allah darjat dan wasilah, sebab wasilah itu adalah suatu tempat di jannah yang tidak dianugerahkan untuk hamba-hamba yang lain kecuali seorang hamba diantara hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu. Barangsiapa yang meminta wasilah kepadaku, maka berhak atasnya mendapatkan syafa'at (dari Rasul)."

Dalam suatu atsar yang shahih dari Ibnu Abbas, Beliau berkata:

"Ya Allah kabulkanlah syafa'at yang besar dari nabi, tinggikanlah darjatnya setinggi-tingginya dan berikanlah apa yang dikehendakinya baik di dunia maupun di akhirat, sebagaimana yang Engkau berikan kepada Ibrahim dan Musa as."

Setiap bentuk kalimat yang di dalamnya terdapat pujian atas diri Rasul sesuai dengan lafaz sebagaimana yang terdapat pada hadis/atsar yang shahih, maka pujian itu dibolehkan dengan syarat sesuai dengan bentuk yang terdapat dalam nas/teks.

Maka berbalik kita kepada perayaan maulid ini, apakah perbuatan ini mempunyai dalil syara' atau tidak? Dengan kata lain orang-orang yang merayakan maulid atau memberi fatwa membolehkannya, apakah mereka bersandar kepada dalil syara' atau tidak?

1. Bila mereka bersandar kepada dalil, maka tidak ada yang perlu dipermaasalahkan lagi. Tapi bila mereka melakukannya atau menfatwakan kebolehannya kerana terpengaruh dengan kebiasaan orang-orang kafir maka mereka telah melakukan suatu dosa.



2. Jika mereka melakukan atau mefatwakan boleh dengan alasan hal itu dianggap suatu perbuatan baik, maka tindakan mereka itu termasuk bid'ah dan telah melakukan dosa.



3. Sedangkan bila mereka melakukannya bersandar kepada nas syara' dan berdasarkan ijtihad yang benar, maka perbuatannya termasuk umumnya ayat:

"Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkalah salam penghormatan kepadanaya"(QS. Al-Ahzab : 56)

dan ayat:

"Dan kami tinggikan bagimu(Muhammad) sebutan (nama)mu"(QS. Al-Anbiya':107)

serta hadits: "Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada."



Kesimpulan

Maka jelas kepada kita bahawa Islam adalah Deen yang meliputi bidang kehidupan, di mana segala perbuatan mestilah didasari kepada dalil yang datang daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma' Sahabat dan Qiyas. Tetapi sedarlah saudara-saudaraku sekalian bahawa tariqah(kaedah) pelaksanaan hukum Islam adalah Daulah Islam. Sekiranyan Daulah Islam tidak terwujud Fikrah Islam itu hanya tinggal di dalam kitab-kitab dan fikiran umat Islam yang tidak dapat memberi penyelesaian kepada persoalan umat yang sedang dihadapi pada hari ini. Jika kewajipan hanya boleh terlaksana dengan kewujudan Khilafah maka wajib setiap muslim merealisasikannya berdasarkan kepada kaedah syara':

"Sesuatu yang menyempurnakan yang wajib adalah wajib".

Adalah satu yang mustahil untuk melaksanakannya tanpa sebuah negara, kerana yang mengetuai negara tersebut adalah khalifah yang akan menerapkan dan melaksanakan Dustur Islami (perlembagaan Islam), bukannya perlembagaan yang diambil dari Belanda atau Perancis maupun dari Inggeris. Menghapuskan sistem pemerintahan yang tidak Islam, menukarkan sistem ekonomi kapitalisma dengan sistem ekonomi Islam, menjadikan aturan pergaulan masyarakat dengan cara Islam bukanya dengan percampuran bebas tanpa halauan seperti binatang, mengadakan polisi luar negeri yang berasaskan hukum-hakam Islam bukannya berasaskan manfaat. Kalau Islam telah mendefinisikan bahawa sesuatu negara itu negara harbi maka daulah khilafah akan mengannggapnya sebagai musuh, bukannya sebagai rakan dagang ataupun rakan sepermainan. Daulah sebeginilah yang selayaknya untuk orang-orang mukmin.

Wallahu 'alam

Pengalaman rohani mengenali Rasulullah s.a.w

Ali Bukhari Amir

Hari ini kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Kata orang, kisah baginda ini tak akan habis dan tak akan pernah tamat jika mahu diwacanakan keperibadiannya, kedudukannya sebagai kepala tentera, khalifah, pemimpin keluarga termasuk zaman sebelum baginda diangkat sebagai rasul.
Iklan




Dan, oleh kerana kisahnya terlalu banyak dan panjang, maka tentunya kita menemui kesulitan untuk menulisnya. Jarak kita dengan baginda sudah 1,500 lebih kurang. Jadi, dari mana saya harus bermula?

Dari itu izinkan saya menulis mengikut gerak hati. Biarlah saya tulis mengenai apa-apa yang saya faham tentang baginda ini. (Cara saya memandang agama ada sedikit berbeza dengan pandangan umum. Oleh itu, pembaca diharapkan supaya dapat bersabar.)

Seperti yang termaklum, sebelum kelahiran baginda, berlaku serangan ke atas Kaabah oleh bala tentera Raja Abrahah. Menurut riwayat, seperti yang tercantum di dalam Surah al-Fiil, gajah-gajah bersama tentera Abrahah itu dihancurkan melalui burung-burung Ababil yang mencengkam batu bara dari neraka.

Sampai sekarang, burung-burung itu tidak lagi kelihatan. Kemudian ketika baginda mengalami proses Isra' Mikraj, diriwayatkan bahawa baginda menunggang Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Segala keganjilan seperti ini akan berlaku lagi bagi mereka yang bernasib baik. Insan terpilih sahaja yang akan berdepan dengan semua ini untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka.

Musa a.s dan Muhammad s.a.w ada persamaan
Sekitar tahun 1970-an, berlaku satu debat antara pelajar-pelajar Melayu di Universiti Al-Azhar. Seorang ustaz memberitahu, kalau tidak salah ingatan saya, antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam debat itu ialah Yusof Noor dan Abdul Fatah Haroon.

Yusof menyatakan keraguannya berhubung pengalaman Israk Mikraj Nabi Muhammad. Lalu, Abdul Fatah menjawab persoalan itu dengan mengemukakan konsep 'Jism al-Latiff'. Sehingga sekarang, saya masih mengkaji, bertanya kepada orang-orang tertentu dan meluaskan bacaan berhubung 'Jism al-Latiff' ini.

Dan, berdasarkan apa yang saya faham berdasarkan debat itu, 'Jism al-Latiff' inilah yang banyak memainkan peranan dalam peristiwa Isra' Mikraj itu. Saya tidaklah berhasrat mahu melanjutkan dan meluaskan lagi tajuk bincangan ini.

Seperti yang disebut pada awal-awal tadi, ada beberapa pandangan peribadi mengenai agama yang termuat di dalam tulisan ini akan sedikit berbeza dengan pandangan umum.

Kita mengetahui bahawa Umar r.a adalah orang yang Tuhan pun bersetuju dengan beberapa pandangannya. Dalam beberapa kejadian, ada ayat-ayat al-Quran yang mengesahkan sekali gus menyokong pandangan Umar sebagai pandangan yang tepat.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, ada riwayat menyebutkan bahawa Umar berkata, "Muhammad tidak mati. Dia cuma menemui Tuhannya." Lebih kurang begitulah apa yang saya faham.

Timbul persoalan.. adakah kenyataan itu sekadar luahan Umar yang enggan mengakui hakikat bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah wafat, atau adakah Umar memang bermaksud demikian? Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w masih hidup? Tidak mengapa. Kita tinggalkan dahulu persoalan ini.

Sekarang, marilah kita berpindah babak pengkisahan Nabi Musa. Alkisahnya, setelah menjadi menantu kepada Nabi Syuaib, maka Nabi Musa membawa isterinya dari Madyan ke Mesir untuk kembali ke tanah kelahirannya. Dalam musafir pada malam hari, Musa a.s melihat cahaya api bersinar di atas Bukit Tursina.

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Bukit Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri."

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. [al-Qashas: 29 - 30]

Di situ Nabi Musa diminta menanggalkan sepatunya kerana kawasan itu adalah daerah suci lagi diberkati. Di situlah, baginda diangkat sebagai rasul, diminta pergi berdakwah Fir'aun sekali gus meminta Fir'aun membebaskan Bani Israel daripada cengkaman perhambaan. Nabi Musa juga sempat membuat tuntutan agar Harun, saudaranya itu diangkat sebagai rasul untuk membantunya.

Di Bukit Thursina itu juga Allah s.w.t memberitahu bahawa baginda dibekalkan dengan mukjizat luarbiasa untuk merebahkan tembok keangkuhan Fir'aun. Dan yang paling penting di sini, di atas Bukit Thursina itulah Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan umatnya menunaikan solat.

Inilah barangkali titik persamaan antara Isra' Mikraj Nabi Muhammad dan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t di Bukit Thursina. Akhir matlamat pertemuan Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah s.w.t ialah perintah solat.

Manakala, dalam pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t, perintah solat ditekankan juga di sini. Bezanya cuma tempat pertemuan. Nabi Musa bertemu Tuhan Bukit Thursina dan Nabi Muhammad bertemu Tuhan ke langit.

Sebab itu juga, mungkin, antara nabi-nabi, Nabi Musa inilah yang terpilih untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w mengenai pengurangan jumlah rakaat dan waktu solat.

Atas nasihat Musa, maka solat itu dikurangi daripada 50 waktu sehinggalah kepada 5 waktu walaupun sebelum itu baginda telah menjadi imam ketika mengepalai solat yang di belakangnya hadir sekalian arwah nabi-nabi dan rasul-rasul.

Diriwayatkan, ketika Nabi Muhammad s.a.w wafat, terlafaz doa pengharapan supaya baginda dipertemukan dengan saudaranya di langit. Kaum Kristian mendakwa bahawa sahabat baginda di langit itu adalah Nabi Isa (Jesus Christ) sebagai mengukuhkan dakwaan bahawa agama mereka itu benar.

Tapi, saya fikir, mungkin Nabi Musa a.s itulah orang yang dimaksudkan sebenarnya kerana memang pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua rasul itu dalam Isra' Mikraj. Wallahu'alam..

Kembara rohani Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidhir a.s ada persamaan dengan Nabi Muhammad s.a.w dengan Jibril a.s. Kisah Musa a.s menerima didikan asuhan Khidhir dalam surah al-Kahfi misalnya memiliki persamaan dengan kembara rohani Rasulullah bersama Jibril ketika melihat segala bentuk dan jenis siksaan neraka.

Jibril menerangkan segala seksaan neraka kepada Rasulullah seperti mana Khidhir menerangkan perihal tingkahlakunya yang bersalahan dalam fikiran Musa.

Sekali peristiwa, ketika Rasulullah menderita ujian berat kerana berdepan dengan karenah umatnya. Baginda bersabda, lebih kurang mafhumnya, "Semoga Tuhan merahmati saudaraku Musa. Beliau lebih kuat diuji Tuhan di atas kedegilan umatnya, tapi dia bersabar."

Bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w
Ketika itu usia saya belasan tahun. Sebagai termaklum, di sekolah agama, bercambah minat dan kecenderungan peribadi terhadap kisah-kisah kesufian, kewalian dan persoalan tarekat.

Diringkaskan cerita, pada suatu malam, hati saya digerakkan untuk berwuduk, bersolat sunat dan menyucikan diri dengan wuduk. Boleh jadi malam itu malam Jumaat juga. Nawaitu tetap tidak berganjak, semoga dapat bermimpi bertemu Rasulullah!

Tetapi, barangkali bukan rezeki saya. Ada suatu fikiran jahat yang masuk hinggap ke hati dan jiwa menjadi tidak tenang. Saya terjaga beberapa kali. Kejadian pada malam itu berlaku ketika saya dan adik lelaki sedang tidur di ruang tamu.

Saya cuba tidur mengikut cara sunnah, dalam keadaan berwuduk dengan harapan ada sesuatu yang istimewa akan berlaku. Impian saya hancur. Mimpi malam itu tiada kaitan langsung dengan Nabi Muhammad.

Barangkali, Tuhan mahu saya menjadi saksi.. Saya terbangun kerana fikiran kusut, lalu perlahan-lahan saya bangunkan tubuh lalu mengalihkan wajah ke arah adik. Subhanallah..!! Tidurnya tenang sekali.

Dan, sempurna betul tubuhnya mengadap ke arah kiblat dan tidurnya dalam keadaan sunnah. Saya mengamati, mencermati wajahnya lama-lama. Tenang.. memang tenang. Lalu, saya kembali meneruskan amalan 'tafakur' yang terbengkalai.

Esoknya, pecah cerita besar di rumah kami. Adik saya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya! Umurnya ketika itu, belum masuk sekolah menengah. Dan saya tak fikir dia akan menipu kami. Menurut ceritanya, pada mulanya dia bermimpi bahawa dia sedang berjalan-jalan ke suatu tempat bersama kami sekeluarga.

Dengan tiba-tiba asap putih tebal yang datang menyelubunginya lalu dia terpisah daripada ayah, ibu dan kami sekeluarga. Dia terpinga-pinga kehairanan melihatkan keadaan itu. Maka, ketika itulah Baginda Rasulullah s.a.w muncul secara tiba-tiba lalu datang menghampirinya.

"Assalamualaikum..Saya Nabi Muhammad," sabda Rasulullah s.a.w ketika memperkenal diri kepada adik saya. Kemudian baginda memimpin tangannya ke suatu tempat bercuaca panas. Adik saya berasa makin pelik melihat suasana itu. Hatinya digaru-garu beberapa bilah pertanyaan yang kian tercacak di hatinya.

"Kita kat mana ni?" tanya adik saya kepada baginda.

"Kita sekarang berada di Mesir," balas baginda. Kemudian, adik saya mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w sehingga tiba di sebuah tempat. Di situ ada sebuah istana besar yang mengkagumkan.

"Istana siapa ini?" adik bertanya lagi setelah dilihatnya bangunan istana yang besar itu.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Inilah istana Fir'aun.."

Nabi Muhammad s.a.w bakar istana Fir'aun
"Kemudian, Nabi Muhammad bawa kayu-kayu sekeliling istana Fir'aun dan dia cucuh api sampai terbakar hangus semuanya," cerita adik saya kepada kami semua pada pagi Jumaat itu.

Selesai membakar istana Fir'aun, Rasulullah s.a.w memimpin tangan adik saya ke sebuah tempat lain. Kali ini mereka pergi ke dalam sebuah gua yang gelap. Tapi dengan tiba-tiba gua itu diterangi cahaya yang sangat terang. Gua itu dihuni oleh orang-orang yang berpakaian serba putih.

"Siapa mereka ini?" adik saya makin galak bertanya baginda.

"Mereka inilah orang-orang yang soleh, orang-orang yang baik-baik," sabda baginda menjelaskan kepada budak kecil yang menagih jawapan itu. Tidak saya ketahui dengan jelasnya; mereka ini penghuni syurga mana, umat Muhammad atau umat terdahulu sebelum baginda, dan lain-lain persoalan.

"Bersih sungguh muka depa," kata adik lelaki saya, "Bersinar betul muka depa.. kalau ada sehelai bulu kening depa yang masuk dalam gua yang gelap, mesti gua tu jadi terang benderang." Begitulah adik saya menjelaskan.

"Habis tu apa jadi?" tanya kami lagi, menagih sambungan ceritanya.

"Kami keluar gua. Jalan-jalan sikit, kemudian Nabi Muhammad kata, kita berpisah di sini dulu," demikian balas adik.

Selepas berbalas ucapan salam, asap putih mula tiba. Perlahan-lahan bayangan tubuh Rasulullah s.a.w menghilang dalam kepulan asap itu. Apabila asap itu hilang maka adik saya ternampak kelibat ayah, ibu dan kami sekeluarga yang tadinya menghilang di sebalik kepulan asap putih itu. Tamat cerita..

Kisah ini berlaku ketika saya di usia remaja. Itulah dua cerita yang saya masih ingat; cerita Nabi Muhammad membakar istana Fir'aun dan kisah orang-orang soleh di dalam gua yang putih berseri dan terang benderang wajah suci mereka. Daripada kisah ini saya membuat beberapa kesimpulan awal.

Kenapa Rasulullah s.a.w tidak hadir menyinggah dalam mimpi saya? Pertama, mungkin jiwa kusut. Kedua, mungkin Tuhan mahu saya menjadi saksi ke atas kisah itu ketika saya terlihat adik tidur mengadap kiblat dan tidurnya mengikut cara sunnah nabi.

Kesaksian saya (sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama di dalam keluarga kami) mengesahkan kisah adik saya itu sebagai kisah yang benar.

Ketiga, adik saya masih muda. Bagaimana dia boleh menyebut Mesir sebagai tempat pemerintahan Fir'aun? Kalaulah saya (yang ada sedikit pengetahuan agama dan agak suka membaca), menyebutkan nama Mesir sebagai tempat letaknya istana Fir'aun, maka mungkin orang menuduh saya merekacipta kisah mimpi saya berjumpa nabi itu.

Keempat, mutakhir ini, sejak usia makin meningkat, barulah perlahan-lahan saya memahami bahawa kisah mimpi adik ketika saya berusia belasan tahun itu adalah suatu isyarat yang mengesahkan hubungan erat Nabi Muhammad s.a.w dengan saudaranya Nabi Musa a.s.

Ini kerana, digambarkan dalam mimpi itu bahawa, Nabi Muhammad s.a.w turut membakar istana Fir'aun sebagai lambang protes ke atas kekejaman raja yang maha zalim itu.

Mengingatkan semua ini, saya teringat lafaz wirid di dalam al-Ma'thurat, "Aku rela Allah sebagai Tuhanku, dan aku rela Islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu sebagai nabi dan rasulku."

Perlahan-lahan.. saya mula mengerti akan makna hidup ini. Saya mula meredai Allah sebagai Tuhan saya, meredai Islam sebagai agama saya, dan tidak dilupakan juga, Nabi Muhammad itu nabi dan rasul ikutan dan contoh saya walaupun dalam kehidupan saya, jauh panggang dari api untuk menghidupkan sunnah nabi!

(Insya Allah akan ada lagi sambungannya.. memang panjang betul bahasan mengenai Rasulullah s.a.w ini; watak agung, sosok kental spiritual yang tahan diuji, cekal hatinya membawa perubahan. Dengan sebab bagindalah, orang Melayu memutuskan dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa Melayu itu Islam!)

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

Dr Haron Din

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.
Iklan




Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Hati yang aku inginkan...




hatiku,hatimu dan hati kita ~
rasa sakit hati,terseksa hati,berjauh hati,makan hati & seumpama dgnnya mmg berkait rapat dgn hati..
tahukah kita hati yg sakit akan mati jika tak diubati..

bila hati mati maka macam2 boleh jadi..seorang mukmin perlu menjaga hati krn bila seseorang yg ada penyakit hati mudah tergelincir dr landasan syariat..

ada banyak tanda bila matinya hati seseorang itu...

1. menolak kebenaran ~ tdk percaya agama dan kewujudan Allah.

2. tidak menyembah Allah ~ mempercayai sesuatu selain Allah. - nauzubillah..

3. mempersendakan hukum

4. seronok melakukan kemungkaran ~ org seperti ini berasa seronok melakukan dosa krn hatinya dah mati..dah tak nampak cahaya..

5. seronok melihat orang lain menderita ~ tiada perasaan simpati terhadap umat manusia yg lain yg ditindas.

6. sakit hati melihat orang lain bahagia ~ dengan kata lain dengki..org seperti ini sakit hati melihat org lain bahagia n berjaya.

7. tidak percaya akhirat

8. tidak percaya syurga dan neraka


tips menghidupkan hati ~

1. bertaubat

2. hindari stress

3. bersifat redha

4. hiasi diri dengan sifat malu

5. rajin berzikir dan membaca al-quran

6. sentiasa ingat akan kematian yg bakal kita tempuhi dan ziarahilah kubur

7. ziarah orang sakit

8. ziarah orang miskin

9. sentiasa hadir dimajlis ilmu

10. berdampingi mereka cintakan ilmu (akhirat & dunia)


kadang-kadang kita hanya akan sedar bila kita rasa tersepit dengan dugaan yg datang. masa tu baru ingat Allah dgn erti sebenar..masa tgh buntu baru nk mengenal hakikat kehidupan. memang inilah sifat manusia kerana kita mmg takkan terlepas dari lagho dgn dunia..apa yg boleh kita buat hanyalah berusaha hindari dr lagho..dan kerana itu pentingnya hati yang bersih..bila hati dah kotor, dah mati, cahaya kebenaran agak susah nk masuk..perlu usaha lebih.contoh : nk berubah kearah baik sgt susah bila dh terbiasa buat kemungkaran.sebabnya hati dh keras..hati yg mcm ni kene dipujuk dgn cara lembut untuk menerima kehadiran cahaya iman..

kita fikir..fikir, kita tafsir..tafsir.. dan buat sesuatu agar hidup kita memberi makna dan tidak sia-sia..

sumber : dari pembacaanku dan pengalaman sekeliling.

Minum susu mampu cegah nyanyuk

Meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu setiap hari boleh membantu menghalang hilang ingatan dan penyakit Alzheimer ketika usia tua.

Saintis dari Universiti Oxford mendapati susu adalah sumber terbaik vitamin penting untuk mengurangkan kerosakan saraf di otak yang boleh membawa kepada pelbagai bentuk masalah hilang ingatan.

Pesakit tua yang mempunyai tahap vitamin rendah dikenali sebagai B12 mengalami dua kali pengecilan otak berbanding mereka yang mempunyai tahap tinggi dalam tubuh mereka, kata kumpulan penyelidik berkenaan.

Mereka kini berharap untuk meningkatkan pengambilan vitamin B12 di kalangan orang tua untuk membantu melambatkan pe-ngurangan kognitif. Mereka menjalankan satu ujian klinikal yang bertujuan menunjukkan kemungkinan untuk merawat masalah ingatan di kalangan orang tua dengan bantuan vitamin tambahan.

Mereka juga percaya bahawa ia mungkin dapat melindungi kumpulan berkenaan daripada mendapat penyakit seperti Alzheimer yang menjejaskan 150,000 pesakit baru setiap tahun di England dengan meningkatkan pengambilan vitamin dalam diet mereka.

Profesor David Smith dari Projek Menyiasat Ingatan dan Penuaan Oxford, berkata dengan meminum hanya dua gelas susu sehari adalah mencukupi untuk menambahkan tahap vitamin B12 ke peringkat yang mencukupi.

Katanya, "Ada 550 orang berhadapan dengan masalah penyakit ingatan terutama Alzheimer's setiap hari di England."

"Sel otak pesakit ini mati jadi sukar untuk kita mencari jalan memperbaiki kerosakan atau merawatnya dengan ubat."

"Kajian kami menunjukkan pengambilan satu liter susu atau lebih sehari boleh menyelamatkan seseorang. Tetapi dengan hanya dua gelas susu sehari ia boleh mengelak daripada menghidapi penyakit Alzheimer," katanya.

Sambutan Maulidur Rasul

Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh/p>

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Begitulah bait-bait gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran baginda adalah suatu “rahmat untuk keseluruhan alam” dan bagaikan nur yang menerangi alam yang berada dalam kegelapan. Baginda telah diutuskan membawa ajaran Islam yang mulia dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Kita sebagai pengikut baginda s.a.w seharusnya berusaha untuk mengenali baginda dengan lebih rapat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda sebanyak mungkin.

Sejarah sambutan Maulid

Menurut sejarah, sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan oleh orang Fatimiyah di Mesir dan disambut secara besar-besaran semenjak tahun 969 M lagi. Sambutan ini dimulakan dengan pemberian khutbah yang mengingatkan akan kemuliaan Rasulullah dan manisan seperti madu kesukaan Rasulullah diedar-edarkan pada akhir acara.

Walaubagaimanapun, sambutan ini telah diharamkan atas arahan pemerintah buat sementara waktu dan kemudiannya dibenarkan semula oleh pemerintah yang lain. Pada abad ke-7, Maulid kembali disambut secara rasmi di bandar Irbil di bawah pemerintahan seorang Sunni bernama Muzafar Al-Deen Abi Sa`d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin. Beliau telah menjadikan hari sambutan Maulid sebagai cuti rasmi agar orang ramai dapat menyambut perayaan yang diadakan bersempena dengan tarikh bersejarah ini. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan agar ternakan disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai.

Namun, malangnya acara peringatan kelahiran Nabi tersebut telah dicemari dengan pelbagai amalan bidaah. Keadaan ini telah mengundang perselisihan pendapat antara ulama’ mengenai hukum mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Menurut Sheikh Muhammad Fadl `Ashur, pada kurun ke-9, terdapat ulama’ yang membolehkannya dan ada pula yang melarang diadakan sambutan tersebut. As-Suyuti, Ibn Hajar Al-`Asqalani and Ibn Hajar Al-Haythmi mengharuskannya, namun mereka mengutuk bidaah yang berleluasa yang berlaku dalam sambutan tersebut. Mereka mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan firman Allah â€Å“Dan ingatkanlah mereka tentang hari-hari Allah”. Sebahagian ulama’ dalam mengulas ayat tersebut, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda â€Å“ ‘ Hari-hari Allah’ itu adalah rahmat dan petunjuk Allah, dan kelahiran nabi s.a.w itu merupakan suatu rahmat yang agung”.

Pendapat sebahagian ulama’ mengenai sambutan Maulidur Rasul

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.

Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.

Wallahua’lam

Perlembagaan Persekutuan lindungi umat Islam

Kebebasan beragama boleh disekat melalui undang-undang bagi menjaga ketenteraman awam

ARTIKEL 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu.

Perkara 11 adalah peruntukan utama hak kebebasan beragama, semacam membayangkan ruang litup hak berkenaan meliputi aspek menganut, mengamal dan mengembangkan agama berkenaan.

Bagaimanapun, hak mengembangkan agama tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama lain tertakluk kepada sekatan undang-undang. Sekatan ini termasuk larangan mengembangkan doktrin atau agama selain Islam kepada orang Islam.

Undang-undang menyekat penyebaran agama lain di kalangan orang Islam masih belum ada di Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Undang-undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain.

Dalam agama Islam, hak kebebasan agama bermaksud Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara kita kebebasan beragama boleh disekat melalui undang-undang.

Perlembagaan dengan jelas menyatakan kebebasan itu tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain daripada Islam di kalangan umat Islam.

Selain itu perlembagaan juga menyebut kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Justeru, menghairankan mengapakah akhbar Herald The Catholic yang diterbitkan dalam empat bahasa dan pengedaran hanya 12,000 naskhah, beriya-iya memaksa kerajaan memberi kebenaran menggunakan perkataan Allah untuk seksyen bahasa Melayu, sedangkan di negara Barat mereka amat membenci nama Allah.

Tentu mereka ada perancangan terselindung. Mereka cuba menjadikan isu memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai strategi untuk memohon kerajaan membenarkan penggunaan nama Allah untuk menggantikan 'God' yang biasa diguna pakai mereka.

Penyakit itu bukanlah baru jika kita mengenal strategi mereka. Sebab itulah Allah memberitahu dalam firman: "Sebahagian dari orang Yahudi mengubah kalimah-kalimah Allah daripada tempatnya." (Surah an-Nisaa, ayat 46).

Jika perkataan Allah dibenarkan dalam terbitan agama lain di sini, ia dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam, terutama generasi akan datang yang tidak dapat membezakan penggunaan nama Allah untuk kedua-dua agama itu.

Sesungguhnya Allah seperti dipercayai umat Islam jauh bezanya dengan apa yang cuba diperkenalkan untuk menggantikan 'God' yang sudah lama mereka gunakan. Memang ada hujah penggunaan Allah oleh penganut Kristian sekali gus menunjukkan mereka menidakkan konsep Triniti dalam agama itu.

Ini kerana makna Allah merujuk kepada 'Tuhan Maha Esa'. Bagaimanapun dalam soal ini Allah sudah memberi peringatan: "Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan pedih. (Surah al-Maidah, ayat 72-73)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." ( Surah al-Maidah, ayat 77)

Memang benar Islam menekankan aspek kesabaran. Sabar bermakna tidak bertindak balas atas apa yang diperlakukan oleh orang lain kepada masyarakat Islam. Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi dan berserah kepada Allah.

Wajarkah kita bersabar apabila melihat agama dicabar. Firman Allah yang bermaksud: "Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh." (Surah al-Baqarah, ayat 190)

Sudah cukup serangan daripada pelbagai sudut terhadap umat dan kesucian Islam di negara ini selama ini. Kita tidak mahu wujud lagi provokasi yang boleh menjejas dan mempersendakan agama suci ini.

Kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan atas suara kita yang tidak berada dalam satu wadah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah." (Surah al-Anfal, ayat 39)

Perjuangan mempertahankan kalimah Allah adalah sumbangan penting kepada agama.

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As menceritakan: "Seseorang telah bertanya Rasulullah SAW: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang Islam dengan lidah dan tangannya." (Hadis riwayat Muslim)

Menjadi Muslim sejati sempena Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul sudah disambut umat Islam sejak tahun 300 Hijrah lagi di beberapa daerah di Iraq dan Syria. Di negara kita, sambutan Maulidur Rasul secara tidak rasmi diadakan sejak ratusan tahun lampau khususnya di kampung yang mendukung kuat ajaran Islam.

Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sambutan Maulidur Rasul mula menjadi upacara rasmi yang dihadiri pemimpin dan orang kenamaan melalui perarakan sambil membawa sepanduk di jalan raya sebagai acara kemuncak dan paling ditunggu-tunggu.

Hari ini, sambutan Maulidur Rasul terus mendapat tempat di hati masyarakat Islam dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti perarakan, ceramah, dialog agama, pertandingan selawat dan berzanji oleh agensi kerajaan mahupun swasta.

Walaupun, tiada satu nas yang memetik mengenai keperluan mengadakan peringatan hari lahir Rasulullah SAW, ramai ulama muktabar menganggap sambutan Maulidur Rasul tidak bertentangan syariat mahupun akidah malah diharuskan kerana mempunyai pelbagai hikmah dan iktibar kepada umat Islam sejagat.

Banyak kitab menjadi rujukan umat Islam sejak dulu menganggap perayaan Maulidur Rasul tidak akan membawa masyarakat kepada kesesatan atau bidaah seperti mana tuduhan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan sambutan itu.

Antara kitab tersohor ialah Kitab Maidat al-Fikri karangan Imam Mutawalli yang jelas memperakukan bahawa kegembiraan umat Islam mengingati ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW menunjukkan manifestasi tanda cinta dan kasih kepada manusia agung itu melalui selawat, zikir, marhaban dan ucapan pujian buat kekasih Allah yang tiada tolak bandingnya.

Ini sesuai dengan hadis riwayat Alkatib daripada Umar yang menyebut: "Janganlah kamu mengagung-agungkan diriku sebagaimana orang Nasara mengagungkan Isa. Aku ini hamba Allah. Oleh itu, selalulah menyebut namaku sebagai hamba Allah dan Rasul-Nya."

Senario yang berlaku dewasa ini, ketika Islam dan umatnya diserang secara mental dan fizikal daripada segenap penjuru, penghayatan terhadap kecintaan kepada Rasulullah SAW serta ajaran dibawanya diharap dapat memulihkan kembali wajah sebenar Islam yang syumul dan saling melengkapi.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun bukan sekadar satu upacara santai atau berseronok-seronok tetapi mempunyai agenda besar demi meletakkan Islam sebagai panduan hidup.

Tiada gunanya kita mengambil bahagian dalam setiap program diadakan jika sekadar untuk mengambil hati majikan atau menonjolkan populariti diri semata-mata.

Melihat konsep sebenar sambutan Maulidur Rasul yang jelas menggambarkan perasaan harmoni, tenang dan rasa syukur kepada Pencipta melalui kalimah zikrullah, selawat dan Thayibbah yang diucapkan, akan lahirkan perasaan rendah diri serta tawaduk sebagai insan kerdil di atas muka bumi ini yang tidak kekal abadi.

Melalui program perarakan yang diatur penuh hikmat dan tertib merentas lorong serta jalan menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dalam perpaduan ummah menuju matlamat satu iaitu garis takwa yang menjadi ukuran sebenar menilai kecemerlangan peribadi.

Sekurang-kurangnya ia menjadi cermin yang jelas kepada bukan Islam bahawa umat Islam walau berbeza warna kulit, bangsa dan keturunan serta fahaman politik tetap berganding bahu bersatu merealisasikan cinta serta kasih buat junjungan Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, saban tahun perayaan Maulidur Rasul yang disambut dengan penuh meriah melalui pelbagai program, gagal menarik minat golongan muda untuk turut serta menzahirkan rasa cinta kepada pemimpin besar Rasulullah SAW.

Golongan yang bakal menentukan masa depan negara pada hari esok, seolah-olah dibiarkan terpinggir tanpa dibabitkan sama dengan aktiviti bermanfaat untuk mereka. Sudah tiba masanya, guru dan institusi pendidikan meletakkan sambutan Maulidur Rasul sebagai takwim utama dalam kalendar perayaan yang wajar disambut.

Di rumah, ibu bapa sebagai mentor kepada anak wajar mendidik mereka supaya mengenal sahsiah dan peribadi Baginda SAW yang boleh dijadikan contoh ikutan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik...."

Senario yang berlaku pada hari ini, di mana anak-anak remaja Islam dilanda krisis identiti yang teruk dengan pelbagai kebejatan sosial yang mula mewarnai hidup mereka, sudah sewajarnya sambutan Maulidur Rasul segenap tahun perlu direformasikan selaras dengan minat dan kecenderungan mereka.

Sehubungan itu kita tidak boleh terlalu streotaip dengan mengadakan aktiviti atau program yang sama setiap tahun bagi mengelakkan rasa jemu dan bosan. Apa salahnya, sempena sambutan Maulidur Rasul di sesetengah tempat, diadakan program yang lebih menghiburkan seperti sukaneka, pertandingan busana muslimah, peraduan mencari harta karun, deklamasi sajak atau pentomen serta aktiviti bercorak kebudayaan di mana nilai pembangunan jiwa diterapkan sama.

Ketika masyarakat berdepan dengan gejala lumba haram oleh anak-anak remaja yang ditonjolkan sebagai mat rempit di jalan raya, mengapa tidak sempena ulang tahun memperingati kelahiran Rasulullah ini, diadakan konvoi bermotosikal membabitkan anak muda dengan iringan selawat dan marhaban serta program kebajikan lain sebagai usaha menyemai benih kasih remaja kepada baginda Rasulullah SAW.

Ringkasnya, sempena kedatangan bulan Rabiul Awal yang mulia ini, kita dituntut untuk membanyakkan amalan ibadat sebagai bekalan untuk hari akhirat. Pada masa sama, segala urusan keduniaan perlu diberi perhatian demi kelangsungan umat sejagat agar mengembalikan semula maruah umat yang sedikit tercalar angkara beberapa insiden yang berlaku disebabkan oleh salah faham golongan tertentu memahami ajaran Islam dalam konteks sempit dan jumud.

Segala kekeliruan dan perbezaan pendapat hendaklah dipadamkan dalam usaha mengembalikan kekuatan serta perpaduan ummah sebagai umat terbaik yang mampu membina kesejahteraan alam sejagat ini dan seluruh penghuni di dalamnya.

Kesimpulan terbaik sempena Maulidur Rasul tahun ini ialah bukan sekadar jasad daripada lidah yang bergema kuat bermarhaban dan berselawat memuji Rasulullah SAW tetapi jiwa dan rohani ikut sama membuat perubahan peribadi menjadi Muslim yang serba serbi cemerlang.

Padah dedah seks depan kanak-kanak

Sikap sesetengah pasangan suami isteri yang melakukan seks di depan anak berusia antara empat hingga tujuh tahun dikesan antara faktor menyumbang kepada peningkatan 80 peratus pendedahan seks kanak-kanak dan remaja yang kini dianggap berada pada tahap membimbangkan.

Walaupun beranggapan tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada anak mereka, ia sebenarnya mengundang padah kerana memberi kesan psikologi besar kepada anak kecil yang pada tahap usia begitu dikategorikan mempunyai ingatan cukup kuat.

Ramai yang tidak mengetahui, pada peringkat usia pertengahan kanak-kanak antara empat hingga tujuh tahun, kanak-kanak hanya akan menonton apa yang berlaku, belajar secara pemerhatian. Bagi mereka, melihat aksi ibu bapa berpelukan, berciuman dan melakukan seks, tidak memberi sebarang makna.

Namun, apabila masuk ke peringkat sekolah bermula seawal usia tujuh tahun, peluang untuk melihat semula aksi yang pernah dilihat itu terbuka luas termasuk melalui aksi ghairah dan seks di televisyen, permainan video lucah yang boleh didapati dengan cara mudah, semurah RM5.

Jadi, tidak hairanlah pada zaman moden yang digelar dunia tanpa sempadan, zaman teknologi maklumat, peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di internet.

Hakikat bahawa 80 peratus pendedahan seks ke atas remaja dan kanak-kanak itu adalah berdasarkan peringkat usia 11 tahun ke atas yang dikira sudah memahami apa yang ditonton dan dilihat. Cukup mudah muat turun video lucah di internet, membaca majalah hiburan atau lucah bahkan boleh dikongsi bersama rakan melalui telefon bimbit.

Hakikat ini diakui Pensyarah Kanak Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, yang menyifatkan ia suatu perkembangan yang membimbangkan dan menakutkan kerana remaja adalah golongan pelapis negara.

Katanya, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.

“Mereka sudah melihat proses tingkah laku seks itu melalui video, televisyen dan pengamatan. Mereka sudah tahu bagaimana perlakuan seks berlaku, bagaimana permainan awal seks dan selepasnya kerana mereka sudah belajar daripada kecil tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.

“Pada zaman sekarang, keadaan cukup berbeza berbanding dulu, apabila masuk peringkat remaja 11 tahun ke atas, keinginan memenuhi ghairah nafsu akan timbul terutama selepas baligh,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai satu kes kajian yang pernah dijalankan ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang.

“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah mencapai 17 tahun,” katanya.

Perlu diakui, peringkat usia remaja adalah zaman perkembangan individu mencari identiti diri dan jika tidak mendapat bimbingan, panduan, ajaran daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sememangnya sudah rosak akhlak.

Pada peringkat usia inilah hormon badan dirembes yang membawa kepada kehendak untuk nafsu seks bahkan wujud sikap menunjuk-nunjuk mereka mampu lakukan sesuatu dan bersaing sesama sendiri termasuk berapa ramai yang ditiduri pada satu malam.

Pada zaman kanak-kanak, mereka hanya memerhatikan apa yang berlaku. Jika ibu bapa mencium pipi sebagai tanda kasih sayang, tetapi sekarang itu lebih kepada nafsu seks.

Berikutan itu, Dr Mariani menjelaskan ada juga remaja perempuan berusia belasan tahun yang masih ingin tidur bersama bapanya dan hakikat sebenarnya mereka lebih inginkan perlakuan seks.

“Itu yang kita bimbangkan, akan berlaku sumbang mahram. Memang ini terjadi dan jika tak dapat, mereka mula mencari ‘makan’ di luar rumah. Satu contoh mudah ialah kenapa wujudnya ‘minah rempit’, mereka umumnya adalah remaja perempuan yang sering menjadi habuan seks,” katanya.

Pendedahan seks awal kepada remaja itu turut dipengaruhi peranan media massa yang sering memaparkan laporan aksi, gambar, temuramah mangsa seks atau rogol sehingga ia turut mempengaruhi keinginan untuk mencuba di kalangan remaja.

Contohnya, laporan mengenai rakaman video seks remaja sama ada dilakukan sendiri atau rakaman secara curi pihak tertentu dan menyebarkannya ke dalam internet. Remaja mudah terpengaruh dan akan mencuri idea misalnya sering dilaporkan seks dilakukan di taman, tangga bangunan, rumah kosong atau tempat perkelahan.

“Bukan salah media, mereka laporkan untuk bagi kesedaran bahawa tindakan salah, tetapi remaja gunakan itu sebagai maklumat berguna. Jika orang lain boleh lakukan seks di tangga bangunan, mereka juga boleh kerana di situ selamat, mungkin sebelum ini tidak pernah terfikir.

“Banyak juga laporan operasi polis atau pihak berkuasa ke atas siber kafe yang menyediakan permainan video lucah. Mereka akan ikuti perkembangan itu dan memang terasa ingin mencuba. Apabila sudah masuk dan melihat sendiri, keinginannya akan membuak-buak kerana didorong, dipersembahkan perkara mendorong kepada nafsu seks,” katanya.

Peluang ini pula diberikan kepada golongan yang sememangnya tercari-cari hiburan seperti itu, umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.


Hari ini dah 12 Rabiul Awal, hari kelahiran Rasulullah SAW. Banyakkan selawat keatasnya..Semoga kita semua mendapat syafaat di akhirat kelak..





RASULULLAH

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Alasan berbohong wanita

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Arak punca pelbagai penyakit, dorong gejala maksiat

Islam mengharamkan arak sejak 14 abad lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak tegar. Mereka menganggap arak minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Ada juga Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat. Rasulullah SAW menyanggah anggapan itu dengan bersabda bermaksud: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya punca segala penyakit." (Hadis riwayat Muslim)

Berbicara mengenai arak, kata isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA yang dipetik Imam Bukhori yang bermaksud: "Jika al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab supaya jangan minum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata: Tidak, kami tidak akan patuh. Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan taman-tamannya yang indah bagi sesiapa yang patuh, seksaan api neraka bagi yang ingkar sehingga hati mereka menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti daripada meminum khamar, melakukan perzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya." (Hadis riwayat Bukhori)

Walaupun begitu, arak tidak dilarang serta-merta. Ia mengambil tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak seperti dinyatakan firman Allah yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah al-Baqarah, ayat 219). Ayat itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun larangan terhadap arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perintah lain yang diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa itu diceritakan dalam firman yang bermaksud: "Hai orang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan." (Surah an-Nisa', ayat 43)

Larangan itu penting kerana tabiat mabuk diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yang difardukan pada waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak. Ini menimbulkan konflik antara perintah baru dengan adat resam orang Arab jahiliah yang meminum arak awal pagi dan malam.

Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat minum arak menagih kesabaran dan ketabahan peminumnya. Pada peringkat awal, untuk menghilangkan ketagihan peminum tegar mungkin terkena 'sawan' atau meracau.

Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan pada majlis jamuan yang diadakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah dan kemudian bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan tulang daripada hidangan.

Apabila rasa mabuk hilang, mereka menyesal, insaf dan rasa berdosa atas tindakan itu. Pada waktu itulah al-Quran menyatakan judi dan khamar dilarang kepada umat Islam seperti firman Allah bermaksud: "Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )daripada melakukan perbuatan itu." (Surah al-Maidah, ayat 90-91)

Anas Malik disebut menyatakan: "Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang amat berat untuk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum akan membawa arak di rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan dan lorong di Madinah dipenuhi bau arak sehingga beberapa hari."

Sejak peristiwa itu, orang Islam di seluruh dunia paling kurang berdepan dengan ketagihan arak. Sudah jelas, sesetengah jenayah berlaku dalam masyarakat antara lain berpunca daripada gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan bahaya arak.

Al-Quran sejak awal memberi amaran mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya iaitu:

- Apabila banyak diminum, arak boleh merosakkan selaput lendir perut serta menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian lain tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang.

- Menjadikan seseorang sesak nafas kerana alat pernafasan terganggu.

- Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat alkohol kepada hati dan jantung.

- Minum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan menyebabkan barah perut.

Profesor A J Arberry mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah mendapat penyakit ahmar atau lumpuh.

"Selain itu, seseorang yang mabuk akibat arak hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka keburukan dirinya kepada orang lain."

Penyusun Ensiklopedia Islam, Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan arak. Jika dibanci orang sakit di hospital seluruh dunia, nescaya paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan urat saraf disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, pundi makanan, tali perut disebabkan arak."

Nyatalah kebenaran firman Allah keburukan dan kerosakan kepada manusia disebabkan arak lebih banyak daripada kebaikannya.

Empat ciuman sehari panjangkan perkahwinan

Penyelidik berjaya membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan dan ia membabitkan jurang umur dua tahun, empat ciuman sehari dan mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu.

Berkongsi dua hobi, memeluk pasangan tiga kali setiap 24 jam, mengucap ‘saya cintakan awak’ sekurang-kurangnya sekali sehari dan menikmati dua hidangan romantik dua kali sebulan juga boleh membantu memanjangkan usia perkahwinan.

Profil perkahwinan sempurna itu dikumpul oleh laman web perancang perkahwinan, www.confetti.co.uk. Lebih 3,000 pasangan suami isteri disoal selidik untuk mencari rahsia kejayaan mereka mempertahankan perkahwinan.

Jurucakap laman web itu, Carol Richardson, berkata: “Penyelidikan menunjukkan banyak komponen yang menjadikan perkahwinan itu sempurna, termasuk jurang usia yang sesuai, tempoh bercinta dan masa untuk berkahwin.

“Nampaknya, pasangan berkahwin pada usia lebih lanjut yang boleh dikaitkan dengan wanita lebih mementingkan karier, menyebabkan cinta dan perkahwinan jatuh nombor dua.”

Beliau berkata, jurang perbezaan usia untuk perkahwinan masih menetapkan lelaki perlu lebih tua berbanding wanita yang boleh dikaitkan dengan suami perlu stabil dari segi emosi dan kewangan.

“Selepas majlis perkahwinan berakhir, kajian menunjukkan betapa penting memastikan keajaiban itu terus hidup dengan ciuman, pelukan dan keluar malam bersama,” katanya.

Kajian mendapati perkahwinan paling lama bertahan membabitkan lelaki yang berkahwin pada usia 31 tahun - dua tahun dan tiga bulan lebih tua dari pasangan mereka.

Suami isteri juga perlu mengucapkan ‘saya cintakan awak’ kepada sesama sendiri sekurang-kurangnya sekali sehari dan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu. - Agensi

Bagi memastikan hubungan sentiasa ceria, pasangan suami isteri perlu keluar makan bersama dua kali setiap bulan dan memperuntukkan tiga malam seminggu berpelukan di atas sofa bersama.

Mereka juga perlu sentiasa berhubungan - walaupun ketika bekerja - menerusi sekurang-kurangnya tiga panggilan telefon, SMS atau emel.

Dua percutian hujung minggu mengejutkan setiap tahun dan sekali percutian di luar negara setahun juga memastikan perkahwinan sentiasa kukuh.

Ucap 'Aku mencintaimu' secara serius

Banyak perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.

Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.

Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.

Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

Ketika mengucapkan, "Aku mencintaimu", lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

Ketika berkata, "Maafkan saya", pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.

Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.

Percayalah pada cinta pandang pertama.

Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.

Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.

Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.

Golongan bodoh sombong tak dapat rahmat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:

Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.

Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).

Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan benar.

Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau 'bodoh sombong', mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah bermaksud: "Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah al-Mujaadalah, ayat 58)

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu.

Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai." (Abu Umamah)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Umat Islam mesti jadikan akhlak, ajaran Nabi Muhammad SAW contoh ikutan terbaik

Mengingati Rasulullah sepanjang masa

AKU kesayangan Allah (dan tidak bongkak). Aku membawa panji 'Pujian' pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak bongkak). Aku yang pertama pemberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak bongkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama-sama orang beriman yang fakir (dan tidak bongkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak bongkak)," maksud sabda Baginda SAW yang diriwayatkan Tirmizi.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu." (Surah al-Ahzab ayat 21)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud, "Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran." (Hadis riwayat Muslim)

Ia menunjukkan akhlak Baginda SAW adalah sempurna kerana Baginda mengamalkan segala ajaran dalam al-Quran. Inilah salah satu sebab mengapa seluruh umat manusia diperintahkan supaya mencontohi Baginda.

Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasulullah SAW kepada manusia untuk menjadi contoh terpilih. Baginda juga contoh, gambaran pelaksanaan yang sempurna lagi tinggi untuk kesempurnaan manusia sejagat.

Tidak syak lagi kepada umat Islam bahawa sekiranya mereka mengikuti keperibadian Rasulullah SAW yang mulia, sesungguhnya mereka adalah manusia yang mempunyai ciri kepemimpinan agung, yang sentiasa mendapat kasih dan restu daripada Allah.

Rabiulawal adalah bulan bersejarah bagi umat Islam kerana dalam bulan inilah junjungan kita Rasulullah SAW diputerakan. Hari keputeraan ini disambut oleh umat Islam untuk mensyukuri rahmat Allah yang menurunkan seorang pemimpin yang sudah mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kejayaan. Di samping itu, ia sebagai satu saranan untuk mengenang serta mengimbas kembali perjuangan Baginda yang penuh dengan rintangan, bagi membetulkan akidah umat, serta untuk kemanusiaan dan keadilan sejagat.

Selaku Nabi dan Rasul, Baginda sudah menerima amanah daripada Allah dengan penuh tawakal dan ketaatan yang menjadikan Baginda itu sentiasa berjaya dan mendapat pertolongan.

Baginda SAW adalah seorang rasul yang mempunyai darjat kelebihan daripada nabi, rasul yang lain. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 253 yang bermaksud: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu) di antara mereka ada yang berkata-kata dengan Allah dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan."

Kita mencintai Rasulullah kerana Baginda mempunyai peribadi yang tinggi. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan sambutan yang pelbagai cara, tetapi mesti dilahirkan dengan meniru sifat peribadi yang mulia. Kerana sifat-sifat peribadi yang mulia inilah Rasulullah SAW disanjung tinggi dan dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan saja di dunia bahkan di akhirat.

Di antara sifat Rasulullah SAW yang patut kita hayati ialah Baginda sentiasa bersifat benar dalam semua keadaan. Baginda tidak pernah berdusta dan tidak pula menyeleweng dalam tingkah laku; Baginda bersifat amanah sejak kecil hingga diberikan gelaran al-Amin dan diberikan kepercayaan membawa dagangan Siti Khadijah seterusnya Allah melantiknya menjadi seorang Rasul akhir zaman; Baginda bersifat adil tidak memihak dalam membuat hukuman walaupun terhadap keluarganya sendiri. Ini telah ditegaskan dengan sabdanya yang bermaksud: "Demi Allah seandainya anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya."

Di samping itu, Baginda mempunyai keyakinan diri. Dengan keyakinan dan ketabahan itu menyebabkan agama Islam tersebar hingga ke hari ini; Baginda juga berusaha dengan rajin dan tekun. Ini dapat dilihat daripada apa yang dilakukan olehnya dari sejak kecil dengan bekerja sebagai pengembala kambing dan ketika remaja berniaga dan akhirnya ia berdakwah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan memperbaiki kepincangan masyarakat; dan Baginda adalah seorang yang cekal dan cekap menjalankan tugasnya di semua bidang seperti pengurusan rumah tangga, pentadbiran negara dan di medan perang; serta Baginda juga mempunyai sifat kesungguhan dalam usahanya menyebarkan agama Islam, menyatupadukan umat dan melakukan ibadah kepada Allah. Baginda tidak mudah putus asa walaupun menghadapi tekanan daripada puak Quraisy.

Perkara di atas adalah satu pegangan yang wajib dimiliki oleh setiap Muslim mengenai nabi mereka. Kecintaan kita kepada Junjungan adalah tanda wujudnya iman dalam diri kita. Sabda Baginda maksudnya: "Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia." (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam hari ini kurang memperhatikan hakikat di atas. Mereka menjadikan selain Muhammad SAW sebagai idola mereka. Mereka lebih mencontohi si polan dan si polan dari mencontohi Muhammad SAW. Mereka lebih sebati jiwa dan raga mereka dengan si anu dan si anu daripada sebati jiwa dan raga mereka dengan Muhammad SAW. Sehingga akhirnya mereka lebih mengutamakan perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dikeluarkan oleh manusia, selain Muhammad SAW.

Mereka berkata bahawa mereka beriman kepada Muhammad SAW. Tapi ketika dianjurkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda, mereka menutup mata.

Mereka berkata bahawa mereka pengikut Muhammad SAW. Tapi ketika ditunjukkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda mereka menutup telinga.

Mereka berkata bahawa mereka mencintai Muhammad SAW. Tapi ketika dihadapkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda mereka menutup mulut.

Itulah realiti yang dihadapi umat Islam masa kini. Mereka mengingati Muhammad SAW hanya apabila mereka sedang dalam surau, masjid dan majlis. Tapi ketika mereka keluar, yang mereka ingat adalah selain Muhammad SAW. Padahal perkataan, perbuatan dan persetujuan Muhammad SAW bersifat sederhana dan tidak menyusahkan dan memberatkan. Baginda bersabda maksudnya: "Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan berselisih faham dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)." (Muttafaq 'alaihi)

Betapa mulia dan tingginya Muhammad SAW seperti dalam hadis pada permulaan renungan ini dia ia sudah cukup untuk menjadi bukti kewajipan mengidolakan Baginda. Mahukah kita dekat dengan Baginda kerana mengidolakan Baginda? Jika mahu, Baginda pun memberikan satu jalan dalam sabda Baginda bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi) Allahumma salli 'ala Muhammad.