20 Julai 2009

Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya

PENGAJIAN HADIS


Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)


1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.
2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if
3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if:
Ulasan kepada syarat pertama
Ulasan kepada syarat kedua.
Ulasan kepada syarat ketiga
4. Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan
5. Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal
6. Rujukan


Setiap kali ketibaan bulan Rejab, timbul perbincangan di kalangan orang ramai berkenaan beberapa amalan yang khusus kerananya seperti puasa sunat Rejab, solat sunat malam tertentu bulan Rejab dan sebagainya. Di satu pihak terdapat mereka yang mengatakan tidak ada apa-apa amal ibadah yang khusus dengan bulan Rejab kerana semua hadis yang menganjurkan ibadah tersebut adalah tidak sahih. Di pihak yang lain mereka membolehkan pengamalan ibadah-ibadah tersebut dengan hujah hadis yang tidak sahih – yakni hadis-hadis dha‘if – boleh digunakan dalam keutamaan beramal.
Dalam risalah ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadis yang dha‘if. Kupasan bersifat umum tanpa terhad kepada amalan bulan Rejab sahaja kerana terdapat banyak lagi amalan kita di Malaysia yang disandarkan kepada hadis-hadis yang dha‘if.

1. Kata-Kata al-Imam al-Nawawi.

Kebanyakan orang yang membolehkan penggunaan hadis dha‘if menyandarkan hujah mereka kepada kata-kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[1]

Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’.

Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib.

Ada yang menerima kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas sebulat-bulatnya, bahkan menganggap mudah bahawa pengamalan hadis dha‘if diperbolehkan asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Sebenarnya terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan oleh seseorang sebelum dia boleh mengamalkan hadis dha‘if. Syarat-syarat ini juga diketahui dan dipegang oleh al-Imam al-Nawawi, hanya beliau tidak menggariskannya dalam kitabnya al-Azkar kerana kitab tersebut bukanlah kitab ilmu hadis tetapi kitab yang dipermudahkan untuk menjadi amalan orang ramai. Hal ini seperti yang disebutkan sendiri oleh al-Imam al-Nawawi di bahagian muqaddimah kitab al-Azkarnya tersebut.



2. Pendapat para ilmuan berkenaan pengamalan hadis dha‘if

Dalam kata-kata al-Imam al-Nawawi di atas, beliau menyebut bahawa: “Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if……” Kata-kata di atas sebenarnya bukan mencerminkan pandangan ijma’ tetapi jumhur ilmuan Islam. Hal ini diterangkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi rahimahullah (902H):[2]

……bahawa dalam pengamalan hadis dha‘if terdapat tiga pendapat: (yang pertama adalah) tidak dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yang kedua adalah) boleh beramal dengannya jika dalam bab tersebut tidak ada yang selainnya (tidak ada hadis yang sahih atau hasan) dan yang ketiga – ini merupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam bab keutamaan asalkan bukan dalam bab hukum-hakam sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini akan syarat-syaratnya.





3. Syarat-syarat pengamalan hadis dha‘if.

Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi di atas, jumhur ilmuan membolehkan penggunaan hadis dha‘if dalam bab keutamaan beramal selagi mana diperhatikan syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebut dikemukakan oleh beliau seperti berikut:[3]

Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengan tulisannya untuk saya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:

1. Yang disepakati, bahawa kelemahan hadis tersebut tidak berat. Maka terkeluarlah apa yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dusta atau dituduh sebagai pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya.

2. Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Maka terkeluarlah sesuatu yang diada-adakan kerana tidak memiliki dalil asas yang mengasaskannya.

3. Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi), agar tidak disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apa yang tidak disabdakan olehnya.
Seterusnya marilah kita mengulas lanjut tiga syarat di atas.

3.1 Ulasan kepada syarat pertama

Hadis dha‘if yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringan kelemahannya. Maka dari sini dapat kita ketahui bahawa setiap hadis yang ingin digunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dan disemak darjatnya. Ini kerana tanpa merujuk kepada sumbernya yang asal dan menyemak darjatnya, kita tidak akan mengetahui sama ada kelemahannya adalah ringan atau berat. Dirujuk kepada sumbernya yang asal bererti mencari hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Disemak darjatnya bererti dikaji sanadnya sama ada ianya sahih atau tidak. Jika ianya tidak sahih, maka disemak sama ada kelemahannya adalah ringan atau berat. Jika kelemahannya ringan maka ia lulus syarat yang pertama ini, jika kelemahannya adalah berat maka ia gagal.

Di sini penulis merasa perlu untuk membetulkan salah faham masyarakat, termasuk para da’i, penceramah, penulis dan ilmuan yang selain daripada ahli hadis, yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan ia duduk di dalam bab keutamaan beramal (al-Fadha‘il) dan memberi anjuran serta amaran (al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak menyemak asal-usul hadis tersebut sama ada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab hadis yang lengkap dengan sanadnya. Lebih memberatkan, mereka tidak memberi perhatian langsung kepada darjatnya. Setiap hadis yang mereka temui dalam bab ini disampaikan terus dalam kuliah-kuliah atau karya-karya mereka.
Ini sebenarnya adalah kesalahan yang amat berat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim, muqaddimah] Terhadap hadis ini, al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (354H) menukil daripada al-Imam Abu Hatim rahimahullah:[4]

Dalam hadis ini terdapat dalil yang membenarkan apa yang kami sebut, bahawa apabila seseorang itu meriwayatkan sebuah hadis yang tidak sah daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apa sahaja hadis yang disandarkan kepada baginda, padahal dia mengetahui bahawa ia tidak sah, (maka) dia termasuk salah seorang pendusta.

Malah maksud zahir hadis ini adalah lebih berat kerana baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta…”, baginda tidak mengatakan bahawa orang tersebut yakin bahawa hadis tersebut adalah dusta (tetapi sekadar memandangnya sebagai dusta). Maka setiap orang yang ragu-ragu sama ada yang diriwayatkannya itu adalah sahih atau tidak sahih termasuk dalam zahir perbicaraan hadis ini.
Perkara yang sama juga disebut oleh al-Imam al-Thohawi rahimahullah (321H):[5]
Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdasarkan sangkaan, bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara batil. (Sesiapa yang) menyampaikan hadis daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadis. Mereka termasuk dalam sabdanya shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.” Kami berlindung daripada Allah Ta‘ala daripada yang sedemikian.
Berdasarkan syarat yang pertama ini, hendaklah kita pastikan bahawa setiap hadis yang digunakan untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran memiliki sumber rujukannya serta dijelaskan darjatnya. Tidak boleh disampaikan sesuatu hadis dengan sangkaan ia memiliki rujukan dan darjat yang paling rendah adalah ringan kelemahannya kerana sangkaan seperti ini termasuk dalam kategori mendustakan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Umpamakan hal ini seperti seorang jurujual yang mempromosi sebuah buku. Dia menceritakan kepada para pelanggannya bahawa buku tersebut adalah baik serta banyak maklumat yang benar lagi besar manfaatnya. Padahal si jurujual itu sendiri pada asalnya tidak pernah membaca buku tersebut untuk membezakan sama ada ia adalah baik atau tidak, jauh sekali daripada mengkaji maklumat di dalamnya sama ada ia adalah benar atau tidak. Nah, apa yang dipromosikan oleh si jurujual ini terbuka kepada kemungkinan benar dan salah. Namun oleh kerana dia tetap membuat promosi tanpa menerangkan hakikat yang sebenar, dia sebenarnya berdusta kepada para pelanggannya.
Demikianlah juga dengan seseorang yang menyampaikan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tanpa dia sendiri mengetahui asal usul dan darjatnya. Apa yang disampaikannya terbuka kepada kemungkinan benar atau salah. Namun apabila dia tetap menyampaikan hadis tersebut dan menyandarkannya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dia juga dikira berdusta ke atas baginda. Oleh itu hendaklah kita sentiasa peka kepada syarat yang pertama ini, sama ada kita adalah sebagai penyampai atau penerima hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Pastikan ia memiliki sumber rujukan dan dijelaskan darjatnya. Jika syarat yang pertama ini tidak dipenuhi, hendaklah hadis tersebut ditinggalkan sekalipun ia memiliki kedudukan yang masyhur di kalangan masyarakat.


3.2 Ulasan kepada syarat kedua.

Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan. Peranan hadis dha‘if tidak lain sekadar menerangkan keutamaan satu amalan yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Hadis dha‘if juga tidak boleh digunakan untuk menganjur atau melarang sesuatu perkara melainkan perkara tersebut telah tetap hukumnya daripada al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) berkata:[6]

Berkata (al-Imam) Ahmad bin Hanbal, apabila datang (persoalan) halal dan haram kami memperketatkan semakan sanad dan apabila datang (persoalan) memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib) kami memudahkan semakan sanad. (Ibn Taimiyyah mengulas lanjut): Demikianlah apa yang disepakati oleh para ilmuan tentang beramal dengan hadis dha‘if dalam keutamaan beramal. Ia tidaklah bermaksud menetapkan hukum sunat berdasarkan hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dengannya (kerana ia adalah dha‘if). Ini kerana “sunat” merupakan hukum syari‘at yang tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil syari‘at juga. Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai (menyunatkan) sesuatu amal tanpa dalil syari‘i maka sungguh dia telah mensyari‘atkan dalam agama apa yang tidak diizinkan Allah.
Sebagai contoh, hadis-hadis berkenaan puasa pada bulan Rejab dan solat khusus pada malam-malam tertentu bulan Rejab semuanya tidak ada yang sahih. Syaikh Sayid Sabiq menegaskan:[7]

Berkenaan puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol (tentang bulan Rejab) berbanding bulan-bulan lain, kecuali bahawa ia termasuk daripada bulan-bulan haram (yakni bulan Zulqa‘idah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab). Tidak diterima dalam sunnah yang sahih bahawa berpuasa dalam bulan Rejab memiliki keutamaan yang khusus. Adapun apa yang datang tentangnya (keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), ia tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai hujah. Berkata (al-Hafiz) Ibn Hajar (al-Asqalani), tidak diterima (apa-apa) hadis yang sahih yang dapat dijadikan hujah tentang keutamaannya (bulan Rejab), mahupun tentang puasanya dan puasa pada hari-hari tertentu daripadanya mahupun solat pada malam yang tertentu daripadanya.

Apabila tidak wujud hadis yang sahih yang menetapkan wujudnya “Puasa sunat Rejab” dan “Solat malam Rejab yang ke sekian-sekian hari”, hadis-hadis yang menerangkan keutamaan berpuasa dan bersolat pada bulan Rejab tidak memiliki apa-apa nilai. Yang lebih penting, ia tidak boleh dijadikan dalil untuk menghukum sunat berpuasa dan bersolat secara khusus kerana bulan Rejab.
Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkan hadis yang dha‘if tanpa diperhatikan sama ada amalan tersebut terlebih dahulu telah ditetapkan atau tidak oleh dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih. Setakat ini berdasarkan ulasan kepada syarat yang pertama dan kedua, hendaklah setiap orang yang ingin beramal dengan hadis dha‘if menyemak terlebih dahulu bahawa:

1. Hadis yang ingin dijadikan sumber amalan memiliki rujukan dalam kitab yang asal dan telah disemak bahawa ia sekurang-kurangnya memiliki darjat kelemahan yang ringan.

2. Amalan tersebut telah ditetapkan berdasarkan dalil al-Qur’an dan/atau hadis yang sahih manakala hadis yang lulus syarat pertama di atas tidak lain hanyalah untuk menerangkan keutamaan amalan tersebut.


3.3 Ulasan kepada syarat ketiga

Apabila menggunakan hadis dha‘if yang telah memenuhi dua syarat yang pertama di atas, hendaklah diingati bahawa tidak boleh berkeyakinan hadis tersebut adalah sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Berdasarkan syarat yang ketiga ini, para ahli hadis telah menetapkan bahawa hadis yang dha‘if tidak boleh disandarkan sebutannya kepada diri Rasulullah secara jelas tetapi perlu diisyaratkan kelemahannya.

Misalnya, tidak boleh berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda bahawa……” tetapi hendaklah berkata: “Dalam kitab Mu’jam al-Kabir oleh al-Imam al-Thabarani, terdapat sebuah hadis dha‘if yang berbunyi ……” atau apa-apa lain yang seumpama. Al-Imam al-Nawawi menjelaskan:[8]

Berkata para ilmuan peneliti (al-Muhaqqiqun) daripada kalangan ahli hadis dan selain mereka, apabila sebuah hadis adalah dha‘if tidak boleh dikatakan terhadapnya “Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam …” atau “Rasulullah telah berbuat…” atau “Rasulullah telah memerintahkan…” atau “Rasulullah telah melarang…” atau “Rasulullah telah menghukum…” dan apa-apa lain yang menyerupainya daripada bentuk kalimah yang menunjukkan kepastian.

Demikian juga, tidak boleh dikatakan terhadap (hadis dha‘if tersebut) “Diriwayatkan oleh Abu Hurairah…” atau “Berkata Abu Hurairah…” atau “Disebut oleh Abu Hurairah…” atau “Dikhabarkan oleh Abu Hurairah…” atau “Dihadiskan oleh Abu Hurairah…” atau “Dinukil oleh Abu Hurairah…” dan apa-apa lain yang menyerupainya. Demikian juga, tidak boleh dikatakan yang seumpama terhadap para tabi’in dan orang-orang sesudah mereka terhadap apa yang dha‘if. Tidak boleh berkata terhadap apa jua riwayat yang dha‘if dengan kalimah yang menunjukkan kepastian.

Sesungguhnya yang (boleh) dikatakan hanyalah “Diriwayatkan daripadanya…” atau “Dinukil daripadanya…” atau “Dihikayatkan daripadanya…” atau “Didatangkan daripadanya…” atau “Disampaikan daripadanya…” ……… dan apa yang menyerupainya daripada kalimah yang menunjukkan kelemahan, tidak daripada kalimah yang menunjukkan kepastian.

Mereka (para ilmuan peneliti) berkata, kalimah yang menunjukkan kepastian ditujukan untuk hadis yang sahih atau hasan manakala kalimah yang menunjukkan kelemahan ditujukan kepada apa yang selain daripada kedua-dua (bukan hadis sahih dan bukan hadis hasan).

Amat penting untuk mengisyaratkan kedha‘ifan hadis tersebut agar:

1. Orang ramai dapat mengetahui bahawa si penyampai telah menyemak sumber dan darjat hadis tersebut,

2. Orang ramai tidak menganggapnya sebagai sebuah hadis yang sahih,

3. Orang ramai tidak menetapkan hukum berdasarkan hadis tersebut,

4. Seandainya wujud kemusykilan dalam maksud hadis tersebut, ia tidak mengelirukan orang ramai kerana mereka tahu ia tidak sahih.


Jika syarat ketiga ini tidak diperhatikan, orang ramai tidak akan dapat membezakan antara hadis yang sahih dan tidak sahih. Akibatnya mereka akan mengamalkan hadis tersebut sebagai sumber hukum dan menyebarkannya kepada masyarakat dengan anggapan ia adalah benar dan baik. Akhirnya ia akan menjadi masyhur dan sebati di dalam masyarakat dan menganggapnya sebahagian daripada syari‘at Islam. Ini sama-sama dapat kita perhatikan di negara kita sendiri masa kini. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah mengingatkan tentang natijah buruk ini kira-kira 500 tahun yang lalu:[9]

Sedia dikenali bahawa para ahli ilmu mempermudahkan penerimaan hadis dalam bab keutamaan (al-Fadha’il) sekalipun di dalamnya memiliki kelemahan selagi mana ia bukan hadis maudhu’. Namun disyaratkan bagi orang yang mengamalkannya bahawa dia yakin hadis tersebut adalah dha‘if dan dia tidak memasyhurkannya kerana dibimbangi seseorang lain akan beramal dengan hadis yang dha‘if tersebut (tanpa mengetahui ia adalah dha‘if) sehingga mensyari‘atkan apa yang tidak disyari‘atkan atau dia meriwayatkannya kepada sebahagian orang yang jahil sehingga disangkakan ia adalah sunnah yang sahih.

Demikianlah ulasan kepada tiga syarat penting yang perlu diperhatikan oleh setiap orang yang ingin menggunakan hadis dha‘if. Apabila sesebuah hadis telah lulus tiga syarat di atas, terdapat dua perkara tambahan yang perlu diperhatikan, iaitu:


4. Memberi prioriti kepada hadis sahih dan hasan

Jika di dalam sebuah bab terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan dan dha‘if, maka hendaklah seseorang itu memberi prioriti kepada yang sahih dan hasan sahaja. Sebabnya:

1. Hadis yang sahih dan hasan adalah sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam manakala hadis yang dha‘if masih terbuka kepada kemungkinan benar dan salah. Maka berpegang kepada yang pasti adalah lebih utama daripada yang diragui.

2. Menyibukkan diri dengan hadis yang dha‘if lazimnya akan menyebabkan hadis yang sahih dan hasan terpinggir. Ini kerana setiap individu memiliki kemampuan yang terhad. Jika kemampuan itu dipenuhi dengan menyibukkan diri dengan hadis dha‘if, maka hadis yang sahih dan hasan akan tercicir daripada dirinya.

Poin kedua di atas pernah diulas oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Mahdi rahimahullah (198H):[10]

Tidaklah wajar seseorang itu menyibukkan dirinya dengan menulis hadis-hadis yang dha‘if kerana kesibukannya itu akan mengakibatkan tercicirnya hadis daripada para perawi yang thiqah (terpercaya = hadis sahih) sebanyak hadis daripada perawi lemah yang ditulisnya.

Izinkan penulis memberi satu contoh. Setiap tahun ketika tibanya Nisfu Sya’ban, ada di antara kita yang berpuasa, bersolat malam, membaca surah Yasin tiga kali dengan doa tertentu di antaranya dan pelbagai lagi. Semua amalan ini sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Hadis-hadis yang menganjurkannya tidak ada yang sahih dan tidak boleh dijadikan dasar bagi menetapkan sesuatu amalan. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menukil kata-kata al-Imam Ibn al-‘Arabi rahimahullah (543H) dalam persoalan ini:[11]

Tidak ada sebuah hadis jua yang dipercayai kesahihannya mengenai keutamaan malam Nisfu Sya’ban. Jika kita (hendak) menerima hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Sya’ban dan kita hendak memperingatinya dengan amal kebajikan, maka hal ini tidak pernah berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mahupun daripada para sahabat radhiallahu ‘anhum dan kaum muslimin abad-abad pertama. Padahal mereka semua termasuk umat Islam yang terbaik.

Daripada semua sumber tersebut tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa malam Nisfu Sya’ban diperingati dengan berkumpul di masjid-masjid, membaca doa-doa tertentu dan melakukan solat-solat khusus seperti yang kita saksikan di beberapa negeri kaum muslimin. Bahkan di beberapa negeri sejumlah orang berkumpul sesudah solat Maghrib di masjid-masjid lalu membaca surah Yasin, solat dua rakaat dengan niat memohon panjang umur, ditambah dua rakaat lagi dengan doa dijauhkan ketergantungan hidup daripada orang lain, kemudian mereka membaca doa panjang lebar yang tidak berasal daripada seorang pun daripada kalangan Salaf. Doa yang mereka baca itu pula menyalahi nas-nas (al-Qur’an dan al-Sunnah) serta mengandungi hal-hal yang saling berlawanan maksudnya.
Dalam kesibukan kita membaca, menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang dha‘if berkenaan malam Nisfu Sya’ban, kita telah keciciran sebuah hadis yang sahih mengenainya. Hadis tersebut ialah: “Allah akan memperhatikan semua makhluk pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia mengampuni semua makhluknya kecuali orang musyrik dan yang bermusuhan (sesama sendiri).”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hibban, berkata Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut 1997) jld. 12, ms. 481, no: 5665: “Hadis sahih bi syawahid.” Hadis ini juga dihimpun oleh al-Imam al-Munziri rahimahullah (656H) dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (Dar Ibnu Katsir, Damsyik 1999), jld. 2, ms. 51, no: 1517. Berkata para penyemak: Shaikh Samir Ahmad al-‘Athar, Yusuf Ali Badiwi & Muhyiddin Dibb Matsu: “Sahih bi syawahid.” Berkata Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 597, no: 1026: “Hasan Sahih.”

Sama-sama kita bertanya kepada diri kita, adakah kita mengetahui tentang hadis ini? Adakah selama ini hadis di atas tersembunyi atau tercicir daripada pengetahuan kita kerana selama ini kita sibuk dengan pelbagai hadis lain, yang tidak satu jua yang sahih, berkenaan malam Nisfu Sya’ban? Lebih jauh, sudahkah kita mengamalkan hadis ini?

Mengamalkan hadis ini bukanlah dengan berpuasa, bersolat malam, berzikir, berdoa dan sebagainya. Akan tetapi beramal dengannya ialah kita melayakkan diri kita supaya memperoleh pengampunan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada malam Nisfu Sya’ban. Terdapat dua syarat kelayakan, yang pertama kita lulus, alhamdulillah. Yang kedua perlu kita pastikan bahawa kita tidak bermusuhan dengan sesiapa di kalangan umat Islam. Jika ada, mungkin saudara, jiran, rakan kerja dan sebagainya, hendaklah kita bermaafan dan menghubungkan semula silraturahim. Inilah cara “mengamalkan” hadis sahih di atas berkenaan malam Nisfu Sya’ban.



5. Hadis dha‘if tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal

Kepentingan atau keburukan sesuatu amal tidak boleh diukur berdasarkan hadis-hadis dha‘if sahaja. Sering kali para penulis dan penceramah begitu ghairah menyampaikan hadis-hadis dha‘if dalam memberi anjuran dan amaran tanpa disedari bahawa anjuran dan amaran tersebut nilainya telah dilebih-lebihkan daripada apa yang sepatutnya. Mereka menganggap hal ini akan memberi manfaat kepada umat tetapi yang benar adalah di sebaliknya. Ganjaran yang dibesar-besarkan kepada amalan yang kecil akan mengakibatkan seseorang itu meremehkan agama, dengan anggapan memadailah dia membuat amalan yang sedikit kerana ganjarannya sudah lebih dari mencukupi. Sedangkan amaran yang dibesar-besarkan terhadap kesalahan yang kecil akan menyebabkan seseorang itu menjauhkan diri daripada Allah dan merasa putus asa daripada keampunan-Nya. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menerangkan hal ini dengan lebih lanjut:[12]


Hadis-hadis yang memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib), sekalipun tidak memuat hukum halal atau haram, ia memuat sesuatu lain yang sangat penting dan berbahaya, iaitu ia merosakkan nilai amal atau kewajiban yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at Yang Maha Bijaksana. Setiap amal yang diperintahkan ataupun dilarang memiliki “nilai” tertentu di sisi Pembuat syari'at dalam kaitannya dengan amal-amal yang lain. Kita tidak boleh melampaui had yang telah ditentukan oleh Pembuat syari'at sama ada dengan menurun atau menaikkannya.

Di antara hal yang sangat berbahaya ialah memberi nilai sebahagian amalan lebih besar dan banyak daripada ukurannya yang sebenar dengan membesar-besarkan pahalanya sehingga mengalahkan amalan lain yang lebih penting dan lebih tinggi derajatnya dalam pandangan agama. Demikian juga memberikan kepentingan kepada amalan yang dilarang dengan membesar-besarkan seksanya sehingga mengalahkan amalan lainnya.

Membesar-besarkan dan melebih-lebihkan janji pahala dan ancaman siksa akan mengakibatkan rosaknya gambaran agama di mata sebahagian orang karena mereka akan menyandarkan apa yang mereka dengar atau baca tersebut kepada agama padahal agama itu sendiri bebas dari semua itu. Seringkali tindakan melebih-lebihkan, terutama dalam soal ancaman, akan menimbulkan akibat yang sebaliknya dan kegoncangan jiwa. Bahkan seringkali orang yang berlebih-lebihan itu akan menjauhkan diri mereka daripada-Nya (kerana putus asa dan merasa tidak layak memperoleh keampunan Allah ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan)

Kita wajib menjaga amal perbuatan sesuai dengan tingkatan-tingkatannya yang telah digariskan oleh syari‘at tanpa terjerumus ke dalam tindakan melebih-lebihkan. Ini hanya akan membawa kita kepada salah satu dari dua bentuk pelampauan, sama ada yang menambah atau mengurang, sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Ali bin Abu Thalib radhiallahu 'anh: “Kalian harus mengambil sikap pertengahan, yang kepadanya orang tertinggal harus disusulkan dan kepadanya pula orang yang berlebihan harus dikembalikan.

Berdasarkan tiga syarat pengamalan hadis dha‘if dan dua perkara tambahan yang perlu diperhatikan, sama-sama dapat diambil iktibar bahawa menggunakan hadis dha‘if tidaklah semudah yang disangka. Hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah salah satu sumber syari‘at di sisi al-Qur’an al-Karim. Maka kita perlu berinteraksi dengannya melalui disiplin-disiplin yang telah digariskan oleh para ahli hadis. Apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sabdakan berkenaan agama tidak lain adalah wahyu Allah. Apabila kita bersikap leka dalam berinteraksi dengan hadis-hadis baginda, kita bukan sahaja mendedahkan diri kepada kemungkinan berdusta di atas nama Rasulullah tetapi juga berdusta di atas nama Allah.

Oleh itu hendaklah setiap individu memberi perhatian khusus dalam bab ini. Jangan menerima sebarang hadis sekalipun yang menyampaikannya adalah orang yang masyhur di mata masyarakat. Pastikan bahawa setiap hadis yang disampaikan mematuhi syarat-syarat di atas. Apabila membaca buku-buku agama, pastikan setiap hadis diberikan rujukan, lengkap dengan nombor hadis dan bab. Jangan berpuas hati dengan catitan “Hadis riwayat al-Bukhari” atau “HR Muslim” kerana terdapat sebahagian penulis yang berbuat demikian padahal hadis tersebut tidak wujud di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim.

Apabila mendengar khutbah, kuliah, ceramah dan sebagainya, jangan segan-segan bertanya kepada penyampainya: “Ustaz, hadis yang ustaz sebut itu siapa yang meriwayatkannya dan apa darjatnya?” atau apa-apa lain yang seumpama. Setiap mukmin yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya berhak untuk bertanya dan setiap penyampai yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya tidak boleh merasa ego untuk menjawab. Akan tetapi jika penyampai tersebut tidak ingat pada saat itu, berilah dia tempoh untuk menyemak semula agar dia dapat menjelaskannya pada masa yang akan datang.

Tanpa berlebih-lebihan, penulis menganjurkan para pembaca sekalian meninggalkan mana-mana penulis dan penyampai agama yang tidak berdisiplin dalam mengemukakan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kita perlu bertegas dalam hal ini, bukan sahaja supaya amalan kita sentiasa berada di atas ukuran yang benar tetapi supaya para penulis dan penyampai tersebut tidak mengambil mudah perkara ini.


6. Rujukan:

[1] al-Azkar (diteliti oleh ‘Amr bin ‘Ali Yasin; Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 2001), ms. 53
[2] al-Qaul al-Badi’ fi Fadhli Shalat ‘ala al-Habib al-Syafi’ (diteliti oleh Muhammad ‘Awwamah; Muassasah al-Rayan, Beirut 2002), ms. 473
[3] al-Qaul al-Badi’, ms. 472
[4] al-Majruhin min al-Muhadditsin (diteliti oleh Hamidi bin ‘Abd al-Rahman; Dar al-Shomi‘in, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 16-17
[5] Musykil al-Atsar (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Salah Syahin; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), jld. 1, ms. 123
[6] Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 18, ms. 65
[7] Fiqh al-Sunnah (Dar al-Fath, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 516
[8] al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (diteliti oleh Muhammad Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 134
[9] Tabyin al-‘Ujab bi ma warada fi Fadhli Rejab, ms. 3-4; dinukil daripada Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah oleh Syaikh al-Albani rahimahullah (1999) (Dar al-Rayah, Riyadh 1409H), jld. 1, ms. 36
[10] Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (463H) dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah (Maktabah al-‘Alamiyah, Madinah), ms. 132
[11] Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 480-481
[12] al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri (Dar al-Wafa’, Kaherah 1993), jld. 1, ms. 49-50

Penilaian Semula Amalan-amalan Di Bulan Rejab

REJAB – SAHIHKAH IA?

Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitabnya serta
menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai
syariat kepada manusia. Ini semua bertujuan tidak lain dan tidak bukan supaya
manusia itu mengabdikan diri serta mentauhidkan Allah swt di dalam semua
keadaan dan tingkah lakunya. Malah, inilah tujuan utama penciptaan makhluk
seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmannya yang
bermaksud:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dam manusia itu kecuali untuk mengabdikan
diri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat: ayat 56).
Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala
bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya
dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara
yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk
ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah
swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran. Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah
mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya".
(Surah al-Kahfi: ayat 110).

Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalam menafsirkan ayat ini menyatakan
bahawa: ((Barangsiapa yang mengharapkan ganjaran serta balasan yang baik
hendaklah ia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat Allah, dan hanya
kerana Allah (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk
diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan
menepati dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw)). (Ibn Kathir, Tafsir al-
Quran al-‘Azim (Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’, cetakan ke-2, 1998), jilid 3,
m/s 147).
Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat para ulamak, antaranya al-Fudhail bin
‘Iyadh r.h dalam kata-katanya: Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan
penuh keikhlasan tetapi tidak betul maka ianya tidak akan diterima, dan jika
dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak diterima, sehinggalah
ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan betul. Dan ikhlas itu ialah apabila
dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, dan betul itu pula ialah apabila
dilakukan menepati sunnah Rasulullah saw. (Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum
wa al-Hikam, (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15).
Bulan Rejab dan amalan yang dilakukan di dalamnya
Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan
yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan
terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan
di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215)
Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini
dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut
dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan
amalan tersebut diterima? Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan
semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan
syariat dan sunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat
Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu
bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah
saw.
Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini
yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah:
1 - Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’
wa al-Mi’raj.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj
merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah
Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad
saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat
Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan
Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan
malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilatfadhilat
tertentu. Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut
oleh Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan
berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun
yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat
yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah
tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah
jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan
walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini,
tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan
amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan
sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah
merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya
menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan,
semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata
atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw,
semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para
sahabat ra kepada kita. (Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’,
cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7).
2 - Solat Raghaib
Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ yang diriwayatkan
oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan
Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang
pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian
melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal
malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca
pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah
al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam,
dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian
membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi),
kemudian sujud dan membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa
al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian
membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu
al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti
bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya,
nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di
tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang
mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau
pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat
memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum
keluarganya…))
(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at,
jilid 2, m/s 124-125).
Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas
Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham
yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata:
Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka
ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka).
Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu
‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah
majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para
ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).
Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang solat
Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum
mengerjakan solat tersebut.
Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah
di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai
percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan merekareka
solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan
bermutu yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang
mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang
kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya adalah terlalu
banyak dan tidak terhitung. (Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Bierut:
Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.
Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah pendapat tentang kewujudan
solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah
saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in
dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak
terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang
menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaankeutamaan
yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut
mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh
kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh,
bukan sunat)). (Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149)
Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur
(kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini
adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu
Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang
lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya
hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya
perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang
awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya. (Ibn
Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228)
Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum
solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat
mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai
salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh
mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun
para sahabat ra serta al-tabi’in..
3 - Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan
menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.
Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau
sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan
fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi
mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau
hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang
maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh
golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di
dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith
maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:
1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu
Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah
saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka
barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang
Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa
yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda,
timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang
berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka
sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa
empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta,
sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."
Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.
2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang
berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu
tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan
baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab
maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin
‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith.
3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa
pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi
kifarat baginya selama sepuluh tahun".
Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu
al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.
Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang
tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini.
Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di
bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh
akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip
asas agama.
Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat
hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus
bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa
sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus. (Ibn Hajar, Tabyin
al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23).
Sayyidina Omar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau
pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di
bulan Rejab. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar
al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).
Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu
risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai
keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber.
Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya
dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).
(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440).
Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain
yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar
Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau
menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan
mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.
Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini
dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada
bulan Rejab.
Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam
bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang
mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh
Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali
penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang
dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk
membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat
Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah
Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yang lain ?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa peristiwa
bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari
tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa
Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa
Tarikan dan seruan yang ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat
kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yang mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat
beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilat
bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yang di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yang terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang
awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam) budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap saya'ir dibawah ini 1
Rejab bulan menabur benih

saya'ban bulan menyiram tanaman

Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
saya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
saya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
saya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
saya'ban diganda 700 pahala
...Ramadan diganda 1000 pahala More
Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja
yang dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yang mungkin berita-berita ini ditokok
tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yang bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yang terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandung
.didalam Rejab
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah
:Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)"
dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik
seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta
".orang-orang yang bertakwa
:Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang di hormati" ialah) Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"(2"
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi
berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji
melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari.)Asyura' (10 hb Muharam?Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab.Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab
.Sheikh Atiyah Al-Saqr .1
.a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yang sangat Lemah dan Palsu
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yang didatangkan mengenai fadilat didalam)bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya
3 Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk"masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak
mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana".)statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal
:Menurut Al-Saqr lagi bahawa
Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya :"
Penjelasan yang datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-
"Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu
.b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yang lain
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam
surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama
bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab. Dimasa itu
orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada
.Allah swt
.c. Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadilatnya
:Berkata Al-Saqr lagi bahawa
Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yang"
didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja (berpuasa) hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar :
'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat
" .'yang Sahih atau Hasan
:Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah
.i
Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari"
susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah
.akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if
.ii
Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang"
berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari
maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan
.dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if
iii. Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya
: terkandung matan
.Rejab bulan Allah. saya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu":
.d. Tidak ada solat khas didalam Rejab
: Daripada Hadis yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat
Barangsiapa yang solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat"
selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam
kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan
diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah
'hadis Mawdhu
:e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan
ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah
.yang berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya
Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari"
Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yang besar
daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati
kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi
menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam
menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj
iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yang
".Maha Mengetahui
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi )2
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan:)
bulan Haram yang lain. Katanya (4
tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram,"
bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu
Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat
Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya
"..Nabi saw banyak berpuasa didalam saya'ban
.b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan
:Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya
Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yang mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. saya'ban"
bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa
ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah
mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yang
bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia
akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah
pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yang memasukkan apa! ! ! rkara yang
"....berlebih-lebihan
.c. Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya
Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yang berlebih lebihan.
Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu
: mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya
Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutan"
".kepada azab yang pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yang
diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak
: dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau
Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia"
terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya
ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi
mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu
dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui
"..........Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya
Ibnu Hajar Al-Asqalani .3
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk
melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr(5) mengenai fadilat Rejab
:dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar
Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarang"
berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa
memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yang bukan menjadikan
penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia
berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yang baik
atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu
ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda
:"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan (mengkhaskan) malamnya berqiamullail". ! !
! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yang didalamnya
terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi
Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3
:jenis
.Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan .1
.Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yang kekal .2
Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnya .3
kalau dengan itu apa yang dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan
kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa
".yang dinaqalkan oleh Ibnu Hajar
Dr. Sayid Saabiq )4
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan
: bahawa
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia"
."dari bulan-bulan yang haram
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama. Pendapat juga di sokong
oleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah
.)makruh(6
Hadis-hadis fadilat Rejab yang palsu atau dhaif
)Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab 7
a. Barang siapa yang mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20
rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia
?memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya
)Hadis ini Mawdhu' (palsu-
.Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu*
b. Barang siapa yang melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali
pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali
kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih,
.bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat
)Hadis ini Mawdhu' (palsu-
.Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul*
.c. Barang siapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan
.Hadis sangat Dhaif-
.Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar*
.Dalam sanadnya ada rawi yang bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yang Matruk*
Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini*
.diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yang Dhaif
d. Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan
barang siapa yang berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api
neraka. Dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu
dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yang berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di
.hisab dengan hisab yang mudah
)Hadis ini Mawdhu' (palsu-
.Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yang bernama Abaan merupakan rawi yang Matruk*
.Selain dari itu ada rawi yang bernama Amar bin Al-Azhar yang sangat suka memalsukan hadis*
e. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan
solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan
.di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir
)Hadis ini Mawdhu' (palsu-
.Dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yang suka berdusta*
f. Barang siapa yang menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa
.padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga
Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin-
.'Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu
?Bagaimana beramal didalam bulan ini
a. Shiekh Mahmud Al-saya'rawi(8) didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan bulan
'am yang afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan
: oleh Musnad Ahmad
Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas"
Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan
Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat
"didalamnya untuk satu kaum yang lain
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah
.swt didalam bulan-bulan ini
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan
:)haram, Beliau menjawab (9
Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga saya'ban, disana"
terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA
".ber'itiqad yang khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas
ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan
"11, itulah yang baik, begitu juga dengan saya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yang terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan
bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! !
terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai
: )cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily(10
Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali"
berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah
puasa yang afdal selepas Ramadan, te lah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan
malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan
haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa
".didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab(11) juga memetik persetujuan 4
:mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya
Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan saya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma"
.........terdapat khilaf dengan hanbali
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak
".berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai
:)apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab (12
Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari"
Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak
berpuasa didalam bulan saya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ...
Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami
mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa))
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab,
sebagaimana yang kita lihat sebelum ini. Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, saya'ban,
Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka,
mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yang ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan
6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI
SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan
berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan
adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yang ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus
mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya
".didalam saya'ban. Dan ini adalah yang lebih utama. Wa Billahi Tawfiq
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah
sepenuh bulan Rejab dan saya'ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat.
sahabatnya ataupun para ulama' Salaf
Puasa-Puasa sunat yang lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-saya'rawi didalam fatwanya(13) menjawab persoalan mengenai puasa-puasa
sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yang beliau sifat sebagai :"Puasa yang orang Islam lakukan
"bagi mendekatkan diri kepada Allah
:) ! ! !Puasa-puasa sunat (suka rela
.Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yang tidak menunaikan Haji .1"
.Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam .2
.hari didalam bulan Syawal 6 .3
.Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15 .4
.Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu .5
.Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab .6
.Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah .7
" .Berpuasa penuh didalam saya'ban atau dengan banyaknya .8
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai
baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka
)hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.(14
: Kesimpulan
Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah .1
)saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi
Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis .2
)Nabi saw
Tidak ada fadilat KHAS yang ditujukan pada bulan Rejab, yang ada cuma fadilat umum kepada ke empat- .3
)empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi
.)Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi .4
Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan .5
)bertaubat. ( Imam Al-saya'rawi
:Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah .6
)hari yang ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz -
)berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily -
)Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan saya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi -
.)berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah -
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yang lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan .7
)Haram.(Syed Sabiq
Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yang Haram yang lain tidak .8
)langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry
.Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya .9
AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari .10
.)mereka yang MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai
amalan yang kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yang sangat
rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan
seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yang lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita,
:iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang"
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
.)mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzab - 21
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yang telah diajarkan oleh
.Rasulullah saw
: Rujukan
.Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, saya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990 )1
Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al! ! ! -islam.com/arb/Default.asp )2
Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : )3
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : )4
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308
Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : )5
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al- )6
:.Dauliyah). masa 596
Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat )7
.Nurulhas
.Shiekh Mohammad Mutawali Al-saya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. masa. 371 .)8
.Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 masa. 269 )9
.Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ! ! ! masa 591 )10
Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'lah al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. masa 447- )11
448
Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : )12
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310
Sheikh Mohammad Mutawali Al-saya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. masa 415 )13
.Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. masa 595 )14
WALLAHU A'LAM BISSOWAB
: DISUSUN SEMULA OLEH
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD
Soalan : Apakah terdapatnya pada 27 Rejab ganjaran khas orang yang berpuasa? Apakah hukum berpausa
pada hari yang berkat ini? Apakah sahih malam 27 Rejab perjalanan (Isra') Rasulullah saw?
Tarikh : 22-09-2003
Mufti : Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
--------------
Dengan Nama Allah dan segala puji-pujian untuknya, selawat dan salam keatas Rasulullah saw, waba'du:
Malam Isra' dan Mi'raj tidak diketahui, dan tidak diketahui bulannnya, bukanlah sah ia berlaku pada 27
Rejab, hatta walaupun hari tersebut merupakan hari Isra' dan Mi'raj maka mengkhususkan puasa pada hari
itu dari hari-hari lain merupakan bid'ah yang ditegah, kerana Allah tidak memerintahkan selain apa yang
disyara'kan, tidak didatangkan didalam syara' khusus berpuasa pada hari tersebut, keatas mereka yang
berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, jika jatuh hari (27) pada hari Isnin atau Khamis, maka
tidak ditegah dengan niat (Isnin-Khamis) sedemikian.
Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi :-
Berpuasa pada bulan-bulan haram : Apa yang mereka cipta dengan cinta mereka, tidak disyara'kan oleh
Allah dan Rasul, dan tidak pula dilakukan oleh mereka yang diberi petunjuk dari kalangan Khalifah-Khalifah,
tidak pula diseru oleh Imam-Imam yang telah diberi hidayah. Dari berpuasa 27 Rejab, dikaitkan dengan dari
Isra' dan Mi'raj Nabi saw.
Maka bagi mereka, berpuasa hari itu dianggap sebahagian dari hari-hari Islam, bahawa Allah memberi
nikmat kepada Nabinya dengan nikmat yang besar, wajiblah ia berzikir dan bersyukur!
Nikmat Allah kepada Nabinya yang mulia dan nikmat Allah kepada satu-satu umat, telah Allah perintah
kepada semua orang Islam agar mengingati nikmatnya yang banyak diberikan keatas mereka, barangsiapa
yang melahirkan rasa syukur dan berpuasa pada hari itu akan membawa ingatan yang banyak!
Semua ini tiada dalil didalam syariah puasa, Allah telah memerintahkan kepada orang Islam agar mengingati
nikmat banyak yang dikurniakan keatas mereka, sebagai contoh katanya didalam peristiwa perang Ahzab :
( kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-
Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari
malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya .. - ).
Bersama ini tidak disebut nikmat berpuasa pada hari ini, dimana ia diperingatkan dibulan Syawal...dan
selainnya, dan yang lain-lainnya.
Berkata Ibn Qayyim (Zaad Al-Ma'ad) mengenai Isra' dan Mi'raj menurut Sheikh Ibn Taimiyah :-
"Tidak diketahui satupun diantara orang Islam sesungguhnya menjadikan malam Isra' dan Mi'raj fadhilat
keatas yang lain, dan tidak ada dari sahabat dan tabien, kepada mereka elok dilakukan kebajikan yang
dikhususkan pada malam Isra' dengan arahan dari perintah-perintah dam peringatannya, dan ini tidak
mendefinisikan mana-mana malam dan jika ia malam isra' dari fadhilat yang banyak oleh Nabi saw".
Dia berkata : "Tidak terdapat dalil (bukti) mengenai bulannya, dan tidak yang ke 10, atau mana-mana
sepuluh yang jatuh pada hari itu - , dan tidak dengan matanya, bahkan riwayatnya terputus dan berbezabeza,
bukanlah didalamnya apa yang putus darinya, dan tidak disyara'kan kepada orang Islam
mengkhusukan malam dengan qiam dan selainnya) - Zaad Al-Ma'ad - 1/57-58.
Keatas malam 27 Rejab yang mashyur dikalangan orang bahawa ia adalah malam Isra' dan Mi'raj
sesungguhnya tidak sahih dalilnya . Allah yang mengetahui sebaik-baiknya
sumber : http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=84163
HADITS-HADITS PALSU TENTANG KEUTAMAAN SHALAT DAN PUASA DI BULAN RAJAB
Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
http://www.almanhaj.or.id/content/1523/slash/0
Allah Yang Mahabijaksana telah mengutamakan sebagian waktu malam dan siang
dengan menjanjikan terkabulnya do a dan terpenuhinya permintaan. � Demikian Allah
mengutamakan tiga generasi pertama sesudah diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu
alaihi wa sallam dan mereka dianggap sebagai generasi terbaik apabila
dibandingkan dengan generasi berikutnya sampai hari Kiamat. Ada beberapa tempat
.dan masjid yang diutamakan oleh Allah dibandingkan tempat dan masjid lainnya
Semua hal tersebut kita ketahui berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan contoh
.yang benar
Adapun tentang bulan Rajab, keutamaannya dalam masalah shalat dan puasa padanya
dibanding dengan bulan-bulan yang lainnya, semua haditsnya sangat lemah dan
palsu. Oleh kerana itu tidak boleh seorang Muslim mengutamakan dan melakukan
ibadah yang khusus pada bulan Rajab. Di bawah ini akan saya berikan contoh
.hadits-hadits palsu tentang keutamaan shalat dan puasa di bulan Rajab
HADITS PERTAMA
�Ertinya : Rajab bulan Allah, saya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku
Keterangan: HADITS INI MAUDHU �
Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat tahu. 650 H): Hadits ini maudhu� (Lihat
))Maudhu�atush Shaghani (I/61, no. 129
:Hadits tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadits itu ada lafazh
Ertinya : Janganlah kalian lalai daripada (beribadah) pada malam Jumaat pertama di
�…bulan Rajab, kerana malam itu Malaikat menamakannya Raghaaib
�Keterangan: HADITS INI MAUDHU
Kata Ibnul Qayyim (wafat tahu. 751 H): �Hadits ini diriwayatkan oleh Abdur Rahman
bin Mandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad
bin Said al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin Abdullah
as-Shanany, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu�. (Al-Manaarul
((Muniif fish Shahih wadh Dha�if (no. 168-169
Kata Ibnul Jauzi (wafat tahu. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduh memalsukannya adalah Ibnu
Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telah mendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh
berkata: “Rawi-rawi hadits tersebut adalah rawi-rawi yang majhul (tidak dikenal), aku sudah periksa semua
)kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidup mereka.” (Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy
Imam adz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul Hasan Syaikhush Shuufiyyah
”.pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukan hadits
Kata para ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalat ar-Raghaa’ib.” (Periksa:
))Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879
HADITS KEDUA
Ertinya : Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua“
perkataan, keutamaan bulan saya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan
”.seperti keutamaan Allah atas semua hamba
’Keterangan: HADITS INI MAUDHU
Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.” (Lihat al-Mashnu’ fii Ma’rifatil Haditsil Maudhu’ (no.
))206, hal. 128), oleh Syaikh Ali al-Qary al-Makky (wafat tahu. 1014 H
:HADITS KETIGA
Ertinya : Barangsiapa shalat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian shalat sesudahnya dua“
puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu
ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya
yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta
diselamatkan dari adzab Qubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak
”’.diseksa
’Keterangan: HADITS MAUDHU
Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal biografinya).”
(Lihat al-Maudhu’at Ibnul Jauzy (II/123), al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh as-Syaukany
(no. 144) dan Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at (II/89), oleh Abul Hasan
).)‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani (wafat tahu. 963 H
HADITS KEEMPAT
Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan shalat empat raka’at, di raka’at pertama baca“
‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga
”)melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati
’Keterangan: HADITS INI MAUDHU
Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin
).)‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.” (Al-Maudhu’at (II/123-124
Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany, ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah rawi yang lemah. (Lihat Taqriibut
))Tahdziib (I/663 no. 4518
HADITS KELIMA
”.Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab (ganjarannya) sama dengan berpuasa satu bulan“
Keterangan: HADITS INI SANGAT LEMAH
.’Hadits ini diriwayatkan oleh al-Hafizh dari Abu Dzarr secara marfu
Dalam sanad hadits ini ada perawi yang bernama al-Furaat bin as-Saa’ib, dia adalah seorang rawi yang
))matruk. (Lihat al-Fawaa-id al-Majmu’ah (no. 290
Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.” Dan kata Imam al-Bukhari dalam Tarikhul
Kabir: “Para Ahli Hadits meninggalkannya, kerana dia seorang rawi munkarul hadits, serta dia termasuk rawi
yang matruk kata Imam ad-Daraquthni.” (Lihat adh-Dhu’afa wa Matrukin oleh Imam an-Nasa’i (no. 512), al-
).)Jarh buat Ta’dil (VII/80), Mizaanul I’tidal (III/341) dan Lisaanul Mizaan (IV/430
HADITS KEENAM
Ertinya : Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rajab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih“
manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rajab maka Allah akan memberikan minum
”.kepadanya dari air sungai itu
Keterangan: HADITS INI BATHIL
Hadits ini diriwayatkan oleh ad-Dailamy (I/2/281) dan al-Ashbahany di dalam kitab at-Targhib (I-II/224) dari
jalan Mansyur bin Yazid al-Asadiy telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Imran, ia berkata: “Aku
”… ,mendengar Anas bin Malik berkata
Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah
tentang keutamaan bulan Rajab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini
))adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany berkata: “Musa bin ‘Imraan adalah majhul dan aku tidak
))mengenalnya.” (Lihat Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 1898
.HADITS KETUJUH
Ertinya : Barangsiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, dituliskan baginya (ganjaran) puasa satu bulan,“
barangsiapa berpuasa tujuh hari pada bulan Rajab, maka Allah tutupkan baginya tujuh buah pintu api
Neraka, barangsiapa yang berpuasa lapan hari pada bulan Rajab, maka Allah membukakan baginya lapan
buah pintu dari pintu-pintu Syurga. Dan barang siapa puasa nishfu (setengah bulan) Rajab, maka Allah akan
”.menghisabnya dengan hisab yang mudah
Keterangan: HADITS INI PALSU
Hadits ini termaktub dalam kitab al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits al-Maudhu’ah (no. 288). Setelah
membawakan hadits ini asy-Syaukani berkata: “Suyuthi membawakan hadits ini dalam kitabnya, al-Laaliy al-
Mashnu’ah, ia berkata: ‘Hadits ini diriwayatkan dari jalan Amr bin al-Azhar dari Abaan dari Anas secara
”’.’marfu
:Dalam sanad hadits tersebut ada dua perawi yang sangat lemah
.Amr bin al-Azhar al-‘Ataky‘ .)1(
Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai
pendusta.” Kata Imam Ahmad: “Dia sering memalsukan hadits.” (Periksa, adh-Dhu’afa wal Matrukin (no. 47
8) oleh Imam an-Nasa-i, Mizaanul I’tidal (III/245-246), al-Jarh buat Ta’dil (VI/221) dan Lisaanul Mizaan
))(IV/353
.Abaan bin Abi ‘Ayyasy, seorang Tabi’in shaghiir .)2(
Imam Ahmad dan an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya).” Kata Yahya bin Ma’in:
“Dia matruk.” Dan beliau pernah berkata: “Dia rawi yang lemah.” (Periksa: Adh Dhu’afa wal Matrukin (no.
))21), Mizaanul I’tidal (I/10), al-Jarh buat Ta’dil (II/295), Taqriibut Tahdzib (I/51, no. 142
Hadits ini diriwayatkan juga oleh Abu Syaikh dari jalan Ibnu ‘Ulwan dari Abaan. Kata Imam as-Suyuthi: “Ibnu
.)‘Ulwan adalah pemalsu hadits.” (Lihat al-Fawaaidul Majmu’ah (hal. 102, no. 288
Sebenarnya masih banyak lagi hadits-hadits tentang keutamaan Rajab, shalat Raghaa’ib dan puasa Rajab,
.akan tetapi kerana semuanya sangat lemah dan palsu, penulis mencukupkan tujuh hadits saja
..Rejab semakin melabuhkan tirainya. Namun, kita masih berperang mencari hakikatnya
?Antara benar dan salah
? Sahih dan Dhaif
..MENJADI PERTIKAIAN
Oleh :Syeikh Zamihan al-Ghari
)Pen Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM
JAKIM
.Rejab semakin melabuhkan tirainya. Namun, kita masih berperang mencari hakikatnya
Antara benar dan salah.. sahih dan palsu menjadi pertikaian. Zaman kita kekadang yang benar dianggap
.salah. Dan yang salah dianggap benar. Amat kejam sekali
Zaman ini persis wanita yang mengandung. Lihatlah apa yang berlaku padanya dalam sekelip mata. Lebih.
lebih lagi apabila penguasaan ilmu dan iman semakin tidak dipedulikan manusia
Sehinggakan ada pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai sarjana cuba menakut-nakutkan umat Islam
dari melakukan amalan di bulan rejab. Alasannya, hadis yang berkaitan dengan kelebihan bulan rejab adalah
.palsu
Sedangkan kepalsuan yang didakwa hanya berdasarkan kepada pendapat satu riwayat hadis dan pandangan
seorang ulamak sahaja. Iaitu Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Soalnya, apakah pandangan ini mewakili dunia
?kesarjanaan Islam keseluruhannya
.Ada pula yang sengaja mendatangkan dalil-dalil yang berat sebelah bagi mengikis keistimewaan bulan rejab
Bahkan melarang umat Islam melakukan amalan mendekatkan diri kepada Allah dengan tuduhan hadis
berkenaan semuanya palsu, taksub pahala dan sebagainya. Ayuh, bukalah sedikit ufuk minda kita untuk
.menemui hakikatnya
Bandingkan definisi, tafsiran dan keistimewaan rejab yang dikemukakan ini dengan dakwaan golongan yang
menentangnya. Penulis menghidangkan hakikat Rejab dan keistimewaanaya menerusi kitab al-Ghunyah li
.thalib Thariq al-Haq karangan Syeikh Abd Qader al-Jaylani
Beliau merupakan Sultan para Wali dan terkenal sebagai seorang ulamak yang menghimpunkan ilmu zahir
dan batin. Beliau juga terkenal dengan pakar hadis di zamannya. Keilmuan dan keimaman beliau turut
.diperakui sendiri oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyah dan seluruh cendikiawan Islam
Pendekatan
Dalam memahami selok-belok rejab kita perlu cermat membuat penilaian terhadap sumber-sumber yang
.berkaitan dengannya
Tegasnya, Al-Qur’an, al-Hadis, pandangan ulamak muktabar dan fatwa berkaitan perlu dipersembahkan
secara jujur dan telus. Ia boleh membantu kita dalam memahami kes berkaitan dan memberi justifikasi yang
.jelas dalam pelaksanaan
.Paling tuntas, kita tidak mencemuh dan menuduh mereka yang ikhlas melakukan kebaikan
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada ditangan para ulamak, didapati rejab ada
keistimewaannya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah intisari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, saya’ban
.bulanku dan ramadhan bulan umatku..” disokong oleh ramai para ulamak muktabar
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak. Beliau meriwayatkan keistimewaan rejab berdasarkan sanad sanadnya
yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani di dalam al-Ghunyah.
.Oleh, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana qualiti sanad-sanad yang diriwayatkannya
Tambahan pula, matan hadis : “Rejab bulan Allah, saya’aban bulanku, Ramadhan bulan umatku…” tidak
bertentangan dengan nas al-Qur’an. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah SWT pada surah al-Taubah
.ayat 36 tentang empat bulan haram yang dimaksudkan : Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam
Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW sendiri pernah menegaskan bahawa rejab itu
adalah bulan Allah. Iaitu bulan Ahlullah. Dan dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu Ahlullah kerana
Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.” (al-Qurtubi, Jami’ Ahkam al-Qur’an, hlm 326
)hanya 6
Imam Abu Daud pula membawa intisari hadis yang menampakkan kesaksian yang jelas tentang lafaz
“saya’ban bulanku”. Buktinya beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah berbunyi : “Bulan
yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan saya’aban. Kemudian Baginda menyambung
puasanya hingga ke Ramadhan.”(Sulaiman bin al-Asy’at al-Sijistani, Sunan Abu Daud, t.tahu, Dar al-Fikr :
)Beirut , hlm 323 hanya 2
Imam al-Thabrani pula meriwayatkan dari Anas bin Malik ra bahawa apabila tibanya bulan rejab, Baginda
mendoakan : “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan rejab dan saya’aban dan sampaikan (hayat) kami
kepada bulan ramadhan.”(al- Thabrani, Mu’jam al-Ausath, 1415H, Dar al-Haramain : Qaherah, hlm 189
)hanya 4, no hadis : 3939
.Hadis ini turut dipersetujui Imam Ahmad di dalam Musnadnya m/s 259 hanya 1, hadis bernombor 2346
Imam al-Thabrani juga meriwayatakan dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa
sebulan selepas berlalunya ramadhan kecuali pada rejab dan saya’ban.” (ibid, hlm 161 hanya 9 no hadis :
)9422
Jika sanad yang dibicarakan oleh Ibn Qayyim itu bermasalah dengan periwayatan Ibn Jahdam. Ianya tidak
menggugurkan nilai keistimewaan rejab sama sekali. Ini kerana masih terdapat beberapa sanad yang lain
.menjelaskan kelebihan bulan rejab
Al-Hafiz al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan tentang kelebihan bulan rejab.
Walaupun dengan sanad-sanad yang dhaif, namun ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan
untuk beramal dan meningkatkan hemah diri. Hal ini jelas sebagaimana yang diakui oleh para fuqaha’ dan
.ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Arba’ien
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan dari Uthman bin Hakim al-Ansari beliau (Uthman) pernah
menanyakan Said bin Jubayr ra tentang puasa rejab (pada bulan rejab). Said menjawab : “Aku mendengar
Ibn Abbas ra mengatakan : “Rasulullah SAW berpuasa rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak
berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.”(Muslim bin
)Hajjaj, Sahih Muslim,t.tahu, Dar Ihya Thuras al-Arabi : Beirut , hlm 811 hanya 2
Imam al-Nawawi mengatakan : “Apa yang zahir dari ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti bahawa tiada
tegahan untuk berpuasa padanya (rejab) kerana (semata) bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama
mengikut baki bulan Islam yang lain. Dan tidak ada larangan (yang tsabit) untuk melakukan ibadat puasa di
bulan rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan
puasa tersebut.”(al- Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Sahih Muslim, 1392, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi : Beirut ,
)hlm 38 hanya 8
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan : “Di dalam Sunan Abi Daud direkodkan bahawa Nabi SAW
menggalakkan kita untuk berpuasa di bulan-bulan yang haram. Dan rejab adalah salah satu darinya.”( Abu
Thayyib al-‘Azhim, Aun al-Ma’bud bi Syarh Sunan Abi Daud, 1415H, Cetakan Kedua, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah
): Beirut , hlm 60 hanya 7
Al-Hakim pula meriwayatkan dari Nubaisyah ra : “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah!
Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di
bulan rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan
sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.” Imam Al-Hakim mengatakan : “Isnad
hadis ini adalah sahih tetapi tidak dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menerusi kitab Sahih mereka
berdua.”(Abu Abdillah al-Hakim, al-Mustadrak ala Sahihain, 1990, Cetakan pertama, Dar al-Kutub al-
)Ilmiyyah : Beirut, hlm 263 hanya 4
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah samapai kepada kami bahawa al-
Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha,
malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu saya’ban.”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994,
)Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 hanya 3
Di dalam Syuab al-Iman, Imam al-Baihaqi meriwayatkan lagi tentang keistimewaan bulan rejab. Hadis itu
berbunyi : Allah telah memilih bulan rejab. Rejab adalah bulan Allah. Barangsiapa yang memuliakan bulan
Allah sesungguhnya dia telah memuliakan perintah Allah. Barangsiapa yang memuliakan perintah Allah
sesungguhnya dia akan dimasukkan ke syurga al-Naim..”(al- Baihaqi, Syu’ab al-Iman, 1410H, Cetakan
pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 374 hanya 3, no hadis 3814). Lihat juga hadis bernombor
.3812 sebagai sokongan terhadap keistimewaan bulan rejab pada malam harinya
Adapun hadis yang menunjukkan Nabi SAW melarang umatnya berpuasa di bulan rejab bukanlah satu
larangan yang bersifat mutlak. Bahkan bertentangan dengan anjuran berpuasa sunat dalam Islam.
Tambahan pula, hadis tersebut diriwayatkan oleh Daud bin ‘Atha al-Madani. Beliau merupakan perawi hadis
yang dhaif. Para ulamak bersepakat mendhaifkan periwayatannya termasuk Imam Ibn Jauziy menerusi
kitabnya al-‘Ilal al-Mutanahiyah (Ahmad bin Abu Bakar al-Kinani, Misbah al-Zujajah, 1403H, Dar al-‘Arbiah :
)Beirut , hlm 78 hanya 2
Imam al-Zahabi memperakui hadis berkenaan pauasa rejab sebagai hadis yang marfuk. Hadis itu berbunyi :
“Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis baginya pahala puasa
bagaikan setahun. Dan barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis
baginya pahala puasa bagaikan dua tahun.” (al-Zahabi, Mizal al-I’tidal Fi Naqd al-Rijal, 1995, Cetakan
)Pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 417 hanya 4
Selain itu, al-Zahabi juga membawakan sanad yang mursal daripada Uthman bin Mathar, daripada Abd
Ghafur bin Abd Aziz dari ayahnya tentang kelebihan berpuasa sehari dalam bulan rejab. (Ibid, hlm 70 hanya
)5 no hadis : 5570
Tetapi beliau juga membawakan hadis palsu tentang puasa rejab yang berbunyi : “Barangsiapa yang
berpuasa sehari di bulan rejab Allah kurniakan pahala baginya bagaikan berpuasa seribu tahun.” Imam al-
Zahabi mengatakan : “Aku tidak mengetahui siapa (sebenarnya) yang mereka cipta hadis ini.” (ibid, hlm 197
)hanya 5 no hadis : 5973
Imam Ibn Hajar al-Asaqalani juga membentangkan pertikaian ulamak terhadap hadis kelebihan tentang
puasa rejab yang bersumberkan riwayat Abd Malik bin Harun bin ‘Antarah. Katanya : “Darulquthni
memandang Abd Malik dan ayahnya (Harun) sebagai dhaif. Begitu juga dengan Imam Ahmad. Tetapi Yahya
(Ibn Ma’in) menghukumnya sebagai pendusta. Abu Hatim menghukumnya sebagai matruk (ditinggalkan)
hadisnya. Ibn Hibban menganggap dia sebagai pereka hadis...”(Ibn Hajar al-Asqalani, Lisan al-Mizan, 1986,
)Cetakan ke-3, Muassasah al-A’lami : Beirut, hlm 71-72 hanya 4 no ind: 213
Imam al-Munawi ketika membawakan hadis kelebihan puasa rejab yang panjang menasihati kita dengan
katanya : “Hadis-hadis ini terhadis apa yang ditemukan oleh Ibn Hajar al-Asqalani, al-Sakhawi dan saya
sendiri. Kebanyakkan dhaif. Barangsiapa yang ingin menghentikan perbincangannya dia boleh menilai
pandangan ulamak (yang berkaitan dengannya). Barangsiapa yang ingin meneliti periwayatannya
(telusurilah) rujuklah kepada pengarang yang berkaitan.” (al-Munawi, Fayd al-Qader, 1356H, Cetakan
)Pertama, Maktabah al-Tijariyah al-Kubra : Mesir, hlm 90 hanya 4
Rujukan perawi yang dipertikaikan
Adapun berkenaan dengan Ibn Jahdham, pengkritik periwatannya tidak memperincikan siapa sebenarnya Ibn
Jahdam yang dimaksudkan Ibn Qayyim al-Jauziyah. Kitab-kitab biografi mencatatkan kepada kita beberapa
nama Ibn Jahdham. Antaranya : Muhammad bin Jahdham, Jahdham bin Abdullah, Abu Muadz Jahdham bin
.Abd Rahman, Ubaidillah bin Jahdham dan Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan al-Hamazani
Penjelasan Perawi
Imam Ibn Hibban meriwayatkan lima hadis dari Muhammad bin Jahdham yang dimaksudkan penulis.( Ibn
Hibban, Sahih Ibn Hibban, hlm 443 hanya 2, hlm 582 hanya 4, hlm 194 hanya 7, hlm 96 hanya 8, hlm 193
)hanya 11
Manakala al-Hakim meriwayatkan empat hadis di dalam kitab Mustadraknya daripada Muhammad bin
Jahdham dan satu hadis lagi bersumberkan Jahdham bin Abdullah al-Qaisiy. (al-Hakim, al-Mustadrak ala
)sahihain, hlm 573 hanya 4
Imam Abu Daud meriwayatkan satu hadis dari Muhammad bin Jahdham berkenaan dengan zakat fitrah.
Kenyataan boleh dirujuk paha hadis yang bernombor 1612 melalui Sunannya. (Abu Daud, Sunan Abu Daud,
)t.tahu, Dar al-Fikr : Beirut , hlm 112 hanya 2
Imam al-Tirmidzi meriwayatkan pula meriwayatkan dua hadis dari Jahdham bin Abdullah menerusi
Sunannya. Perhatikanlah hadis bernombor 1563 dan 3235 di dalam Sunannya (al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi,
)t.tahun, Dar Ihya’ Thuras al-Arabiy : Beirut , hlm 132 hanya 4 dan hlm 368 hanya 5
Imam al-Baihaqi turut meriwayatkan hadis daripada Jahdham bin Abdullah bin Badr menerusi Sunan al-
Kubra. Rujuklah hadis bernombor 12327 sebagai pemerincian. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah
)Dar al-Baz, hlm 265 hanya 6
Selain itu, Muhammad bin Jahdham dan Jahdam bin Abdullah juga merupakan perawi yang disenaraikan
dalam rangkaian sanad-sanad Imam Ibn Majah, Imam AbdRazzaq, Imam Abu saja’far al-Thahawi, Imam
.Ahmad, al-Thabrani dan lain-lain
Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan Muhammad bin Jahdham merupakan orang suruhan Ibn Umar yang
tsiqah. Dan beliau perawi al-Bukhari tetang zakat fitrah.(Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379, Dar al-
)Makrifah : Beirut , hlm 368 hanya 3
Manakala, di dalam kitab al-Kuna wa al-Asma, pengarangnya membawakan biografi Abu Muadz Jahdham bin
Abd Rahman. Beliau seorang perawi yang meriwayatkan dari Ikrimah. Dan Muhammad bin Yazid dan Ubbad
bin Awwam menagmbil hadis darinya.(Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi, al-Kuna wa al-Asma, 1404H, Matbaah
)Jamiah Islamiyah Madinah al-Munawwarah, hlm 775 hanya 1
Di dalam kitab al-Muntaqa fi sard al-Kuna diperjelaskan pula tentang Ubaidillah bin Jahdham yang
meriwayatkan dari Qadhi Syuraih. Periwayatannya diambil pula oleh Jarir bin Hazm.(al-Zahabi, al-Muntaqa fi
)sard al-Kuna, 1408H, Matbaah Jamiah Islamiyah Madinah al-Munawwarah, hlm 153 hanya 1
Manakala ada seorang lagi Ibn Jahdham yang diperkatakan. Iaitu Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan
al-Hamazani. Beliau merupakan salah seorang Syeikh Imam al-Kabir Syeikh Sufiyyah di Makkah al-
Mukarramah. Demikian menurut terjemahan biodata yang dibuat oleh Imam al-Zahabi menerusi kitab Siyar
.A’lam al-Nubalak, hlm 275 hanya 17
Meriwayatkan daripada beliau ialah Abi Hassan bin Salamat al-Qaththan, Ahmad bin Uthman al-Adami, Ali
bin Abi al-Aqab dan Khalq. Dia bukanlah seorang yang tsiqah. Bahkan ditohmah dengan pelbagai musibah.
Ibn Khairun mengatakan : “Dikatakan bahawa beliau mendustakan hadis. Khabar tentangnya telah
kusebutkan di dalam kita al-Tarikh wa al-Mizan”. Beliau meninggal dunia tahun 441H.”(al-Zahabi, Siyar A’lam
)al-Nubalak, 1413H, Muassasah al-Risalah : Beirut , cetakan ke-9, hlm 275 hanya 17
Ibn Jauziy al-Hanbali (bukan Ibn Qayyim al-Jauziyyah) ketika mengulas hadis berkenaan solat al-Raghaib
(periwayatan) Ibn Jahdham mengatakan : “Hadis ini direka-reka dan mereka (ulamak hadis) menuduh Ibn
Jahdham melakukannya dan menisbahkan beliau dengan berdusta.”(al- Zahabi, Mizan I’tidal fi Naqd al-Rijal,
)hlm 162 hanya 8
Pendapat ini berbeza dengan pendapat Imam Abd al-Karim al-Qazwini. Di dalam Tadwin fi Akhbar al-Qazwin
beliau mencatatkan : “al-Kayya Syarwiyyah di dalam Tabaqat Ahli Hamadan mengatakan bahawa Abu Hassan
Ibn Jahdham merupakan seorang yang tsiqah. Beliau seorang yang dikenali dengan ilmu hadis dan
meninggal dunia 407H.” (Abd al-Karim al-Qazwini, al-Tadwin fi Akhbar Akhbar al-Qazwin, 1987, Dar al-Kutub
)al-Ilmiyyah: Beirut, hlm 370 hanya 3
Al-Ajlouni pula pernah menyebut satu riwayat dari Ibn Jahdham ini. Di dalam kitab Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-
Ilbas beliau memuatkan satu riwayat dari Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan (Ibn Jahdham) daripada
Abi Muhammad al-Hariri berkenaan dengan hikmah Ilahiyyah. Imam al-Ajlouni tidak menarafkan
.periwayatan Ibn Jahdham ini. Keterangan boleh dirujuk kepada hadis bernombor 3124
Kesimpulan
Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa rejab mempunyai pengertian dalam
kelasnya yang tersendiri. Sumber-sumber hukum melalui Al-Qur’an, al-Hadis dan keterangan para ulamak
Salaf pula memberitahu kita bahawa di sana terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan, mursal, marfuk, dhaif,
.dhaif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu seputar rejab
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar dari
.landasan yang benar
Dalil-dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Manakala dalil-dalil yang lemah boleh
dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan. Manakala dalil-dalil yang palsu
seharusnya ditinggalkan. Bahkan perlu diperjelaskan kekurangan dan kesannya terhadap mutu periwayatan,
.penghujahan dan amalan
Terbukti juga kepada kita bahawa satu sanad dan satu pendapat belum baligh untuk dijadikan asas
pemutusan sesuatu hukum. Apatah lagi untuk digunakan sebagai anjakan bagi memberi was-was atau
menakut-nakutkan umat Islam melakukan amalan tambahan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Walhal,
.kita sendiri tidak berganjak kemana-mana dengan penghujahan dan kefahaman kita
Justeru, disamping penguasaan ilmu, kita perlu warak dalam mencari pendekatan dan membuat penilaian
terhadap sesuatu perkara. Ini penting supaya kredibiliti kita terpelihara. Dalam masa yang sama mampu
.memberi input membina untuk Islam dan umatnya
Sempena sepertiga rejab yang mulia. Renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang
diamalkannya. Dan dimana pula keikhlasannya. Kalau kita tidak mampu melakukan kebaikan, kita perlu
berusaha memahaminya. Jangan sesekali cuba menghalang kebaikan. Barangsiapa cuba menghalang
mereka yang ikhlas melakukan kebaikan, memperbaiki amalan dan melatih diri menuju Allah, Allah juga
.akan menghalang perjalanan hidupnya
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam,
bersedekah dan lain-lain kebaikan di bulan rejab. Semoga amalan rejab ini menjadi pemangkin untuk
mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat rejab sebenarnya
bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah
sinar keagungan rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya