20 Julai 2009

Puasa Pada Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh
berkat ini……….

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan
Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1.Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka
pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2.Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj akan mendapat
pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat
kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab
(4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900
tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa
akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya
akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu
neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan
dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (harihari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai
yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum
dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk
siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang
membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersamasama
Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan
beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH
swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau
menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang
diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt
meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya
mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah,
apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan
Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa
satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan
niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti
berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan