30 Januari 2009

8 Tanda Lelaki Perlu Dijauhi

1. terburu buru mengajak kamu berkahwin

biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilngan kamu. Lelaki yang benar2 jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu2..

2. kaya dengan kata2 manis

Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang die tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata2 dan selalu nya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.

3. sikapnya yang berubah2

Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah2 walaupun dalam masa yang singkat.kamu akan rasa setiap kali berjumpa, perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.

4. terlalu cemburu buta

Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saje, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.

5. suka merendah2kan kamu

Si dia sering kali merendah2kan kamu atau komplain terutama nya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak di sukai. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

6. sukar menerima penolakan

Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin diTAKTOR!!

7. suka menyalahkan orang lain.

Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawa2 yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.

8. gunakan meterial sebagai ganti.

Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, hati2... bila termakan budi, takut tergadai body...

Amalan Dan Doa Murah Rezeki

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
(Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa)

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

3) قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

4) وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

- Sabda Rasulullah SAW ; Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.

5) الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.”

- Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas).”
(Riwayat daripada ‘Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).

6) الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

7) Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ

"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.” Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.”
(Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan. Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

Penggantian hormon wanita

40-an, fungsi ovari puan akan menurun dan seterusnya hormon wanita estrogen akan tergugat.
Lama-kelamaan paras ini akan menurun ke satu tahap di mana hormon tersebut tidak lagi berupaya menyediakan lapisan dalaman rahim untuk persedian kehadiran janin, menyebabkan kehadiran haid akan berhenti dan pada titik inilah bermulanya keadaan menopaus.

Tidak perlu runsing atau panik kerana ini adalah satu kitaran biologi yang normal untuk seorang wanita.

Kekurangan hormon estrogen juga akan menyebabkan puan mengalami panas-panas badan serta kekeringan faraj.

Tulang puan turut mengalami kerapuhan. Atas dasar inilah, rawatan penggantian hormon estrogen mungkin diberikan kepada puan.

Sebelum rawatan penggantian hormon dimulakan, adalah lebih baik sekiranya puan mengetahui aspek-aspek hormon estrogen seperti:

n Bagaimana rawatan hormon ini berfungsi.

n Jenis-jenis rawatan hormon.

n Kebaikan dan juga risiko-risiko yang mungkin dihadapi.

Hormon

Selain dari hormon estrogen dan progesteron, ovari juga mengeluarkan hormon testosteron, yang juga dikenali sebagai hormon lelaki (androgen), yang dihasilkan testes pada kaum adam.

Tujuan hormon ini sebagai pengutus nafsu syahwat. Ovari mengeluarkan hormon estrogen dari akil baligh hinggalah ke menopaus.

Estrogen menyebabkan puan menjadi seorang wanita, perubahan setiap bulan menyebabkan kehadiran darah haid.

Estrogen juga memberikan implikasi pada tulang serta kesihatan jantung dan juga salur-salur darah.

Estrogen hadir sepanjang kitaran haid dan menyebabkan lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium menebal sebagai persedian untuk menerima janin.

Jumlah hormon estrogen menurun dengan kematangan umur. Lama-kelamaan paras hormon ini terlampau sedikit sehinggakan tidak lagi memberikan pengaruhnya pada lapisan dalaman rahim.

Apabila lapisan ini tidak lagi terbentuk dan juga menebal, haid terhenti dan menopaus berlangsung.

Umur di mana ovari puan bercelaru fungsinya adalah di antara julat umur 45 hingga 55 tahun. Umur purata di mana puan akan mengalami haid terakhir mungkin pada umur 50 tahun.

Sekiranya puan terpaksa melalui pembedahan yang melibatkan pembuangan kedua-dua ovari, rungutan menopaus akan dialami lebih awal dan lazimnya rungutan tersebut datang mendadak akibat dari penurunan paras hormon yang berlaku secara tiba-tiba.

Rawatan penggantian hormon wanita bergantung kepada sama ada puan masih lagi mempunyai rahim ataupun tidak kerana sekiranya hormon estrogen diberikan secara tunggal dan berlarutan, ini akan menyebabkan lapisan dalaman rahim (endometrium) menebal dan terus menebal, meningkatkan risiko kehadiran barah rahim.

Sebab itulah, hormon wanita kedua iaitu hormon progesteron dibekalkan bersama supaya penebalan ini berlaku secara terkawal.

Tujuan rawatan penggantian hormon

Dengan penurunan paras hormon wanita estrogen, puan akan mengalami pelbagai rungutan seperti panas-panas badan, kekeringan faraj dan juga kerapuhan tulang.

Apabila puan berjumpa dengan doktor, rawatan penggantian hormon (HRT) diberikan setelah penelitian kesihatan dibuat dan jika difikirkan perlu supaya puan dapat menjalani kehidupan harian dengan aman.

Doktor akan meneliti perkara-perkara berikut:

- Umur apabila menopaus berlaku

- Risiko untuk mendapat kerapuhan tulang

- Rungutan yang puan luahkan

- Sejarah kesihatan diri dan juga keluarga

Panas badan

Panas-panas badan merupakan satu keadaan ataupun perasaan kepanasan yang berlaku dari atas pusat hinggakan ke muka, dan kehadirannya secara spontan, tiba-tiba, mungkin dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit.

Muka puan akan menjadi merah dan juga berpeluh. Puan tidak perlu runsing kerana 75 peratus wanita menopaus akan mengalami gejala rungutan ini.

Mungkin kehadiran panas-panas badan dan muka berlaku beberapa kali sehari dan kehadirannya pada waktu malam mungkin mengacau keamanan tidur puan.

Kekeringan faraj

Organ-organ reproduksi puan dipengaruhi oleh hormon estrogen. Faraj juga akan berubah. Lapisannya akan menjadi nipis dan kering.

Kenikmatan hubungan kelamin juga tergugat akibat daripada lubrikasi (pelinciran) yang kurang berkesan dan mencetuskan rasa sakit.

Selain itu, apabila faraj menjadi nipis serta kering, jangkitan kuman lebih mudah berlaku. Sistem perkumuhan (salur kencing) juga dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Salur urethra (salur yang menyambungkan pundi kencing ke luar) menjadi kering, mengalami keradangan dan juga merah-merah.

Kekerapan ke tandas berlaku untuk membuang air kencing mungkin semakin ketara. Risiko jangkitan kuman pada pundi kencing juga meningkat.

Osteoporosis

Estrogen merangsang sel osteoblas yang membentuk tulang. Apabila hormon ini semakin kurang, kerapuhan tulang berlaku dan kerana itulah wanita yang berumur lebih mudah patang tulang terutamanya pada bahagian pinggang, tulang belakang serta pergelangan tangan.

Penggantian hormon estrogen memperlahankan proses kerapuhan tulang. Hormon ini juga membantu penyerapan zat kalsium yang diperlukan oleh tulang.

Puan juga perlu melakukan senaman badan seperti berjalan atau joging, di mana senaman ini menguatkan otot-otot dan juga tulang.

Doktor puan akan memberi preskripsi penggantian hormon estrogen pada dos yang sesuai untuk puan dengan niat perawatan sesingkat yang mungkin.

Risiko

Tidak ada rawatan yang dikecualikan dari risiko komplikasi serta kesan sampingan. Perlu diingatkan yang penggunaan bersama hormon progesteron dikaitkan dengan kanser payudara serta kehadiran haid seperti haid bulanan terdahulu.

Untuk puan yang sudah berumur dan tidak mahu disusahkan dengan kehadiran haid, tentu tidak begitu gemar dengan kaedah perawatan ini.

Kalau di Amerika, di mana banyak kajian-kajian berkaitan dengan rawatan penggantian hormon dijalankan, kebimbangan yang diakibatkan telah memaksa Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) memastikan kesemua ubat-ubatan yang akan digunakan oleh wanita menopaus, khasnya yang mengandungi hormon estrogen, perlu diletakkan label amaran yang penggunaan berlanjutan hormon estrogen menambahkan risiko sakit jantung, strok, pembekuan darah dan juga kanser payudara.

Jadi pemantauan oleh doktor amatlah perlu.

Perlu ditekankan di sini yang kebimbangan serta risiko ini berkait rapat dengan bila perawatan dimulakan setelah menopos datang. Maknanya mereka yang telah pun menopos lebih dari 15 tahun mempunyai risiko serta kebimbangan yang benar akan kesan-kesan rawatan hormon penggantian berbanding dengan wanita yang mengambil rawatan apabila baru sahaja hadir menoposnya.

Perlu ditegaskan di sini yang dos yang diperlukan haruslah seminimum mungkin dan dipreskripsikan untuk julat masa sesingkat yang mungkin.

Sekiranya hanya kekeringan faraj yang diutarakan, tanpa jelas kehadiran rungutan-rungutan lain, krim atau produk-produk lain yang hanya membetulkan keadaan tersebut digunakan. Lazimnya ubat sedemikian dimasukkan ke dalam faraj.

Aplikai HRT

Sekiranya puan masih mempunyai rahim, kombinasi ubat hormon estrogen dan progesteron digunakan.

Ada banyak bentuk rawatan hormon penggantian, yang lazim digunakan di Malaysia adalah dalam bentuk pil untuk dimakan.

Cara-cara lain seperti dimasukkan ke dalam faraj dan juga ada tampalan yang digunakan pada kulit. Pecahan hormon yang diberikan:

l Rawatan menggunakan hormon estrogen sahaja.

Hormon ini diberikan setiap 25 hari dalam sebulan, disebabkan hanya hormon estrogen digunakan, pendarahan mungkin berlaku.

Rawatan yang menggabungkan kedua-dua hormon estrogen dan progesteron.

Kedua-dua hormon diambil bersama setiap hari. Biasanya untuk beberapa bulan. Mungkin berlakunya sedikit pendarahan tetapi majoriti dalam masa setahun, pendarahan akan berhenti.

Rawatan secara berkala.

Hormon estrogen diambil selama 25 hari dan hormon progestron ditambahkan pada hari-hari tertentu. Hari-hari tersebut mungkin berubah mengikut kesesuaian sosial. Pendarahan berlaku pada hari di mana hormon progesteron tidak diambil.

Kaedah perawatan lain

Ada banyak produk di pasaran berkaitan dengan menopaus seperti ubat antikemurungan, produk herba dan juga produk 'bioidentiti'.

Untuk produk-produk ini, tidak banyak data saintifik yang menyokong penggunaannya. FDA tidak menyenaraikan ubat-ubat produk herba dan juga bioidentiti dalam persetujuan perawatan menopaus.

Rawatan susulan

Puan perlu akur serta patuh pada arahan doktor yang merawat menopaus. Pastikan yang puan memberitahu doktor apa-apa sahaja kelainan kesihatan yang berlaku seperti pendarahan faraj dan sebagainya.

Pada setiap lawatan susulan, puan berbincanglah dengan doktor sama ada rawatan penggantian hormon ini perlu diteruskan.

Ikuti apa-apa penyiasatan penentuan kesihatan seperti mammogram, tekanan darah, pemeriksaan payudara dan juga pemeriksaan pinggul seperti ujian saringan PAP dan sebagainya emngikut arahan doktor.

Biopsi lapisan endometrium mungkin perlu dijalankan sekiranya puan mengalami pendarahan semasa perawatan hormon penggantian.

Bukan semua wanita memerlukan hormon penggantian. Sebelum menggunakannya, berbincanglah dahulu dengan doktor yang merawat Puan.

Buatlah kajian sendiri melalui internet dan sebagainya untuk makluman diri dan juga lebih mudah memahami penjelasan doktor.

Jangan merawat rungutan berkaitan menopaus sesuka hati tanpa pemeriksaan kesihatan dari doktor terlebih dahulu.

Memahami, mendalami kesempurnaan wuduk

Ibadah wuduk memiliki kedudukan tersendiri di sisi Allah dan ia adalah kunci permulaan bagi ibadat solat. Wuduk juga berperanan untuk menenangkan jiwa supaya dapat menumpukan perhatian terhadap solat.

Selain itu, wuduk juga boleh menyegarkan badan serta mengembalikan tenaga dan pada masa sama menyucikan anggota badan yang terdedah. Ini menunjukkan wuduk mempunyai peranan penting dari segi spiritual dan fizikal.

Buku bertajuk Beberapa Persoalan Lazim Tentang Taharah mengupas kepentingan bersuci dan hukum berkaitan wuduk. Buku ini menjawab 18 persoalan lazim ditimbulkan mengenai hukum bersuci meliputi tatacara berwuduk, perkara membatalkan wuduk, tayamum dan mandi secara mendalam lengkap dalil al-Quran serta hadis.

Tatacara wuduk diperjelaskan berdasarkan hadis Rasulullah SAW merangkumi perkara sunat dan fardu contohnya bersiwak sebelum berwuduk, berniat dan menyebut nama Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya."

Persoalan bersentuhan dengan perempuan, memegang kemaluan, darah atau muntah membatalkan wuduk atau tidak turut dibincangkan dalam bab tersendiri bagi memberi kefahaman serta menghilangkan keraguan.

Bagaimana pula dengan tidur yang membatalkan wuduk atau tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Perkara ini juga ada kalanya tidak jelas bagi kita dan penulis membentangkan pendapat ulama berkaitan tidur dan batalnya wuduk.

Jawapan kepada soalan perlukah berwuduk untuk memegang dan membaca al-Quran turut dimuatkan dalam bab 11 berdasarkan dalil utama mewajibkan berwuduk juga menyucikan diri dari hadas besar ketika hendak memegang al-Quran.

Buku Beberapa Persoalan Lazim Tentang Taharah yang mengambil dalil al-Quran serta hadis turut menyediakan nota sebagai penjelasan lanjut terhadap fakta dibentangkan supaya dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.

Malah, pada muka akhir setiap bab diletakkan kesimpulan daripada topik dibincangkan iaitu pandangan penulis serta alasan menyokong hujah diberi. Mungkin akan ada tidak sependapat dengan penulis kerana tahap pemahaman serta ilmu dimiliki dan ini boleh membuka ruang perbincangan lanjut.

Buku mengenai hukum bersuci mungkin sudah banyak di pasaran tetapi seperti kata-kata yang sering diulang, lebih banyak yang kita fikir sudah tahu sebenarnya ada banyak lagi yang kita tidak tahu dan untuk mengetahuinya ialah melalui pembacaan.

Ada yang sudah kita ketahui mengenai wuduk, tayamum atau mandi tetapi tidak salah untuk membuat ulang kaji. Mana tahu ada perkara yang kita ingat sudah sempurna dalam wuduk kita rupanya masih boleh ditingkatkan atau diperbaiki lagi.

Jangan jejaskan keharmonian rakyat - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak supaya tidak menjadikan kes kematian A. Kugan sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan masyarakat.

Beliau yang bimbang isu itu berlarutan berkata, walaupun negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, namun apa yang berlaku perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan tidak disempitkan.

Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum, perkara paling penting setiap kali timbul masalah seperti itu ialah nilai kemanusiaan dan biarlah siasatan terperinci dilakukan terlebih dahulu.

"Saya harap tidak ada pihak yang melihat isu ini melalui sudut perkauman kerana ia akan menjadikan perkara ini semakin rumit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai kes kematian A. Kugan, seorang suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah yang ditahan reman sejak 15 Januari lalu untuk membantu siasatan.

Kugan disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang, Kuala Lumpur.

Sambil melahirkan rasa sedih beliau mengenai insiden itu, Nik Abdul Aziz menggesa pihak berwajib yang melakukan siasatan supaya menjalankannya dengan telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Katanya, pihak berwajib tidak boleh menutup kes itu daripada pengetahuan orang ramai kerana ia akan memberi satu gambaran negatif.

Selain itu, beliau akan turut menghantar seorang wakil untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga Kugan yang dalam keadaan kesedihan.

Menyentuh mengenai perarakan mengiringi upacara pengkebumian Kugan hari ini, beliau berkata, ia tidak sepatutnya dihalang kerana mereka yang menyertainya cuma ingin menyatakan simpati.