20 Februari 2009

Peringkat Keagungan Cinta

Keagungan CINTA

Cinta selalunya dikaitkan dengan sambutan Hari Valentine; pasangan yang berjanji sehidup semati; lautan api sanggup direnangi. Jarang sekali cinta dikaitkan dengan pemergian seorang suami meninggalkan keluarganya untuk berjihad; jiran yang menegur perbuatan sumbang di kawasan kejiranannya ataupun sekumpulan penunjuk perasaan yang menuntut dihentikan penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya semua perbuatan berkenaan terkait dengan cinta. Dimensi cinta adalah sangat luas dan pengaruhnya sangat besar dalam kehidupan.


Islam dan cinta

Cinta adalah satu cerminan naluri anugerah Allah. Naluri menyembah membuahkan cinta, naluri berketurunan membuahkan cinta, naluri berkuasa pun membuahkan cinta. Kerana itulah, Islam tidak ketinggalan menyentuh isu cinta dan menjelaskan panduannya untuk manusia.

Contohnya cinta anak kepada ibu bapa, bukan sekadar kebiasaan tetapi Islam menetapkannya sebagai suatu kewajiban.

”Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, kemurkaan Allah ada pada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tabrani).

Islam juga menjelaskan bahawa cinta yang berlebihan kepada harta boleh membawa kepada azab. Allah SWT berfirman:

”Dan orang-orang yang menimbun emas dan perak (atau wang), dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka tentang azab yang pedih.” (TQS At Taubah: 34).


Peringkat Cinta

Cinta terbahagi kepada tiga:
1) Cinta yang agung: yang tertinggi darjatnya. Ia hanya ditujukan kepada Allah dan RasulNya Muhammad SAW.
2) Cinta pertengahan: cinta kepada manusia atau perkara lain yang boleh membawa kepada kemuliaan. Ia bersebab kerana Allah, terikat kepada perintah dan larangan Allah, dan dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
3) Cinta yang hina: cinta yang tidak dikaitkan dengan perintah dan larangan Allah. Ianya muncul dari pemikiran songsang, andaian-andaian akal tanpa dalil atau nafsu yang tunduk kepada Cinta kepada Allah mampu mengundang pengorbanan yang luar biasa, jiwa, harta dan apa jua yang dimiliki. Nabi Ibrahim a.s misalnya, rela mengorbankan anak kesayangannya kerana akur dengan perintah Allah. Demikian juga dengan pengorbanan Sumayyah isteri Yasir, yang mempertahankan keimanannya kepada Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan